| Pelan Bayaran Ansuran Tanpa Faedah |
 |
Suatu kemudahan yang diatur di antara pengeluar kad dengan saudagar tertentu yang mana pemegang kad boleh membayar pembelian yang dibuat dengan saudagar tersebut secara ansuran, contohnya, 3,6,9 atau 12 bulan, tanpa faedah, tertakluk kepada had kredit pemegang kad pada masa permohonan dibuat.
|
 |
| Pelayar Web |
 |
Pelayar web adalah program perisian yang digunakan untuk melayari web. Ia membolehkan pengguna untuk melawati laman web Internet dan menatap muka surat web pada skrin komputer peribadinya. Pelayar web menjalankan semua tugas yang diperlukan untuk menatap laman web.
|
 |
| Pembayar |
 |
Pemegang akaun yang mengarahkan sesebuah bank untuk membayar sejumlah wang seperti yang tercatat di atas cek yang dikeluarkan.
|
 |
| Pembayaran Berperingkat |
 |
Suatu skim pembayaran pinjaman yang memberi fleksibiliti pembayaran ansuran rendah pada tahun tahun awal pinjaman tetapi beransur ansur meningkat pada tahun tahun berikutnya selaras dengan peningkatan kuasa membeli peminjam.
|
 |
| Pembayaran Terdahulu |
 |
Pembayaran sebahagian atau keseluruhan daripada pinjaman sebelum tempoh matang.
|
 |
| Pembekal Rangkaian Kad Kredit |
 |
Persatuan kad kredit seperti Visa dan MasterCard yang menyediakan infrastruktur kad kredit bagi kemudahan memperolehi keizinan dan penyelesaian transaksi transaksi kad kredit.
|
 |
| Pembelian |
 |
Amaun yang dibelanja atas pembelian barangan atau perkhidmatan.
|
 |
| Pembiayaan Semula |
 |
Proses pembayaran balik sebahagian atau keseluruhan pinjaman yang sedia ada dengan tujuan untuk mendapatkan pinjaman baru sama ada daripada institusi perbankan yang sama atau institusi kewangan yang lain.
|
 |
| Pemusing |
 |
Pemegang kad yang gemar menjelaskan sekurang kurangnya amaun bulanan minimum yang dikehendaki oleh pengeluar kad kredit, tanpa menyelesaikan sepenuhnya jumlah baki belum jelas.
|
 |
| Penalti Pembayaran Terdahulu |
 |
Fi yang dikenakan oleh institusi kewangan ke atas pembayaran terdahulu keseluruhan pinjaman. Fi yang dikenakan biasanya dikira berdasarkan peratusan tertentu daripada jumlah pinjaman atau bersamaan dengan jumlah faedah untuk tempoh 'x' bulan.
|
 |
| Penarik |
 |
Orang yang diberi kuasa oleh pemilik (iaitu institusi perbankan) untuk menarik kenderaan bermotor daripada penyewa yang ingkar bagi pihak syarikat kewangan. Penarik adalah dikehendaki berdaftar dengan Persatuan Syarikat Syarikat Sewa Beli Malaysia.
|
 |
| Pendahuluan Tunai |
 |
Tunai yang dikeluarkan menggunakan kad kredit yang mana yuran dan kadar faedah harian dikenakan.
|
 |
| Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah |
 |
Hasil campuran pendapatan kasar bulanan kesemua ahli keluarga yang bekerja sebelum ditolak cukai pendapatan, Socso, KWSP, ansuran pinjaman atau potongan potongan lain, dicampur pula dengan pendapatan tambahan seperti gaji kerja lebih masa, komisen dan lain lain.
|
 |
| Pendapatan Minimum |
 |
| Pendapatan tahunan minimum pemohon yang diperlukan oleh pemegang kad untuk layak mendapatkan kad.
|
 |
| Pengeluar Kad Kredit |
 |
Organisasi seperti institusi perbankan yang mengeluarkan kad kredit.
|
 |
| Pengesahan Dua Faktor |
 |
Proses mengenalpasti identiti seseorang melalui pengesahan dua faktor yang diberikan. Kedua-dua faktor tersebut adalah sesuatu yang pelanggan tahu, iaitu ID log masuk dan kata laluan, dan samada sesuatu yang pelanggan ada, seperti sijil digital dan kata laluan sekali
guna yang diperolehi daripada token atau dibekalkan melalui sistem pesanan ringkas, atau sesuatu ciri peribadi 16 pelanggan, seperti ciri-ciri biometrik, sebagai contoh cap jari dan corak anak mata.
|
 |
| Penghantaran Notis |
 |
Sebarang notis atau dokumen yang perlu dihantar atau diberi kepada penyewa boleh dihantar atau diberi melalui cara berikut:
1. Melalui penghantaran sendiri; atau
2. Melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada penyewa ke alamat terakhir yang diketahui.
|
 |
| Pengurup Wang Berlesen |
 |
Pengurup wang yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Pengurupan Wang 1998.
|
 |
| Penjamin |
 |
Orang perseorangan atau entiti yang terikat oleh undang undang untuk menjelaskan pinjaman yang diambil oleh seseorang peminjam, jika peminjam tersebut gagal menjelaskan pinjamannya.
|
 |
| Penjamin |
 |
| Seseorang yang dengan rasminya membuat perjanjian untuk bertanggungjawab ke atas hutang orang lain.
|
 |
| Penjelasan |
 |
Proses pertukaran cek cek untuk menetapkan kedudukan muktamad bagi penyelesaian di antara bank bank pembayar.
|
 |
| Penyelesaian Awal |
 |
Menyelesaikan secara penuh baki hutang di bawah perjanjian sewa beli lebih awal dari tarikh asal yang dipersetujui.
|
 |
| Penyewa |
 |
| Orang yang menyewa kenderaan bermotor di bawah perjanjian sewa beli.
|
 |
| Penyulitan |
 |
Penyulitan adalah proses mengarau data kepada format yang tidak boleh dibaca agar lebih selamat untuk disiarkan di Internet. Penyulitan digunakan untuk mengelakkan risiko maklumat ini daripada dipintas dan dibaca oleh pihak ketiga. Teknologi penyulitan yang paling lazim digunakan adalah "Secure Sockets Layer (SSL)" yang menyulitkan sebarang pergerakan keluar masuk maklumat antara laman web anda dan server secara automatik. Anda boleh tahu sama ada laman web tersebut disulit dengan teknologi SSL dengan memastikan bahawa URL bermula dengan https://. Terdapat dua tahap penyulitan iaitu SSL 40 bit dan 128 bit. Pelayar 128 bit menyediakan tahap keselamatan yang tertinggi buat masa ini.
|
 |
| Perampasan |
 |
Tindakan perundangan yang boleh diambil oleh pihak institusi kewangan untuk mendapatkan semula jumlah yang terhutang daripada seorang peminjam yang telah ingkar membayar balik pinjamannya. Harta benda yang dicagarkan oleh peminjam bagi pinjaman berkenaan akan dijual untuk menjelaskan jumlah yang terhutang tersebut.
|
 |
| Perampasan |
 |
| Tindakan perundangan yang boleh diambil oleh pihak institusi perbankan untuk mendapatkan semula jumlah yang terhutang daripada seorang peminjam yang telah ingkar membayar balik pinjamannya. Harta benda yang dicagarkan oleh peminjam bagi pinjaman berkenaan akan dijual untuk menjelaskan jumlah yang terhutang tersebut.
|
 |
| Perancangan Kewangan |
 |
| Ini adalah untuk mengatur strategi hal kewangan anda supaya matlamat anda tercapai. Matlamat ini adalah termasuk pembelian rumah, pembiayaan pelajaran anak anda atau perancangan persaraan anda melalui pengurusan kewangan yang teratur.
|
 |
| Perjanjian Jual Beli |
 |
Kontrak bertulis yang ditandatangani oleh pembeli dan penjual, di antaranya menyatakan terma dan syarat syarat bagi penjualan hartanah.
|
 |
| Perlindungan Insurans Ke Atas Pembelian Dengan Kad |
 |
Pembelian barangan
Perlindungan insurans yang diberikan kepada pemegang kad ke atas pembelian barangan yang dicaj kepada kad kredit sekiranya barangan tersebut hilang/rosak. Lazimnya, perlindungan diberi untuk satu jangka masa terhad, contohnya 30 hari dari tarikh pembelian dan ia mungkin mempunyai had maksimum bagi perlindungan yang diberi.
Tiket penerbangan
Perlindungan insurans yang diberi oleh pengeluar kad kepada pemegang kad bagi pembelian tiket penerbangan yang dicaj kepada kad kredit. Perlindungan insurans biasanya dalam bentuk kemalangan perjalanan peribadi dan kos yang dibelanja kerana kelewatan bagasi, kelewatan penerbangan dan ketinggalan kapal terbang.
|
 |
| Permohonan Kredit |
 |
Satu permohonan kepada sesebuah institusi perbankan untuk kemudahan kredit oleh seseorang pelanggan.
|
 |
| Peti Ingatan |
 |
Peti ingatan ialah memori yang digunakan oleh pelayar untuk menyimpan kandungan laman web yang telah dilawati. Penyimpanan kandungan tersebut membolehkan pelayar untuk membuka muka surat yang sama dengan lebih cepat apabila pengguna melawatinya kembali.
|
 |
| Phishing |
 |
| Phishing (sebutan "Fishing") adalah kaedah jenayah terkini yang digunakan untuk mencuri wang dan identiti mangsa. Untuk menarik perhatian mangsa, pengendali skim penipuan phishing akan menggunakan emel dan laman web palsu yang kelihatan seperti laman web sebenar institusi perbankan, syarikat kad kredit atau laman beli-belah e-dagang yang dipercayai.
|
 |
| PIN |
 |
Nombor Pengenalan Peribadi (Personal Identification Number) - Susunan nombor yang digunakan untuk mengesahkan identiti pemegang kad. Ianya samalah seperti kata laluan.
|
 |
| Pinjaman Belum Jelas |
 |
Baki hutang, termasuk faedah dan lain lain yang belum dijelaskan.
|
 |
| Pinjaman Berjangka |
 |
Sejenis pinjaman yang mana pembayaran semula telah ditentukan untuk satu tempoh masa yang tetap, misalnya selama 10 tahun.
|
 |
| Polisi Insurans Pemilik Rumah/Kebakaran |
 |
Sejenis insurans polisi yang menggabungkan tanggungan dan perlindungan kepada pemilik rumah terhadap kerugian yang disebabkan oleh ribut taufan, kebakaran, perbuatan khianat dan risiko-risiko lain.
|
 |
| Portfolio Ekuiti Yang Diurus Berasingan |
 |
| Portfolio yang diurus oleh pengurus dana dimana pelabur memiliki sekuriti secara individu.
|
 |
| Produk modal terjamin |
 |
| Produk yang memberikan pulangan dan pada masa yang sama, memberikan jaminan modal pada akhir tempoh matang.
|
 |
| Program Ganjaran |
 |
Program kesetiaan yang dilaksanakan oleh pemegang kad untuk menghargai pemegang kad kerana mencarum/mengguna kad kredit mereka. Pelan ganjaran yang biasa ialah Program Ganjaran Penebusan Hadiah.
|
 |
| Program Pemindahan Baki |
 |
Suatu program yang ditawarkan oleh pengeluar kad yang membenarkan pemegang kad semasa atau pemegang kad pengeluar lain untuk memindahkan baki tertunggak daripada kad kredit mereka kepada kad lain pada kadar faedah istimewa.
|
 |
| Pulangan |
 |
| Apa yang diperoleh oleh seseorang pelabur daripada pelaburannya.
|
 |