| Cagaran |
 |
| Harta persendirian yang digunakan untuk menjamin pembayaran bagi sesuatu pinjaman. Peminjam menghadapi risiko kehilangan harta tersebut sekiranya pinjaman tidak dibayar.
|
 |
| Caj Lewat |
 |
| Penalti yang dikenakan oleh institusi perbankan kerana gagal membuat bayaran ansuran mengikut jadual.
|
 |
| Caj Lewat Bayar |
 |
| Faedah yang dikenakan ke atas ansuran tertunggak yang dikira berdasarkan baki harian.
|
 |
| Caj Lewat Bayar |
 |
Penalti yang dikenakan ke atas ansuran tertunggak yang dikira berdasarkan baki harian.
|
 |
| Caj Terma |
 |
Jumlah faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan sewa beli dan dikira pada kadar tetap ke atas jumlah yang dibiayai.
|
 |
| Caj Terma |
 |
| Jumlah faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan sewa beli dan dikira pada kadar tetap ke atas jumlah yang dibiayai.
|
 |
| CCRIS |
 |
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, iaitu satu sistem pangkalan data berkomputer yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh Biro Kredit untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit.
|
 |
| Cek |
 |
Arahan bertulis daripada satu pihak (pembayar/pengeluar cek) kepada pihak lain (bank/institusi pembayar) yang mengkehendaki bank pembayar membayar sejumlah tertentu apabila dituntut, kepada pembayar sendiri atau kepada pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh pembayar/pengeluar cek.
|
 |