English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  DuitSaku
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
Matawang Malaysia adalah Ringgit Malaysia (RM) yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sejak tahun 1967, Bank Negara Malaysia menerbitkan sejumlah tiga siri wang kertas dan dua siri duit syiling untuk edaran umum.

Hanya wang yang diterbitkan Bank Negara Malaysia sahaja yang sah diperlakukan dengan nilai (iaitu sah digunakan di Malaysia) dan tiada sesiapapun yang dibenarkan untuk menghasilkan wang Malaysia tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia.

Sebarang gambar, lukisan atau reka bentuk sebahagian atau semua wang kertas atau duit syiling yang digunakan untuk tujuan pengiklanan adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia.
 
Ciri-ciri Keselamatan Wang Kertas
Gunakan panduan berikut untuk memastikan kesahihan wang kertas:
 
Maklumat Berkenaan

Tindakan anda terhadap wang kertas yang diconteng dan wang kertas rosak

Kenali wang kertas palsu

Ketahui ciri-ciri keselamatan wang kertas
 
Saya Mahu...

Soalan lazim matawang Malaysia

Muat turun buku panduan matawang Malaysia

Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Potret Yang di-Pertuan Agong
Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama yang terdapat pada sebelah kanan wang kertas adalah salah satu ciri pencegah pemalsuan yang sukar untuk disalin atau dikeluarkan semua.
 
(50 dollar note- specimen - front)
 
(50 dollar note- specimen – back)
 
 
 
 
Potret Tanda Bayang
  Imej samar-samar potret Yang di-Pertuan Agong Pertama samar-samar boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas boleh dilihat jika diperhatikan pada cahaya.
Benang Keselamatan
  Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wang kertas. Apabila diperhatikan pada cahaya, benang ini kelihatan seperti satu garis lurus kehitaman dengan teks dan nombor yang berkenaan tercetak berulang kali.
Ciri-ciri LEAD
  Untuk wang kertas RM 50 dan RM 100, terdapat jalur hologram yang berkilau pada sebelah kanan wang kertas tersebut. Jalur ini mengandungi:
 

Imej yang sama tercetak pada sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama
   
Imej denominasi (contohnya RM 50)
   
Imej huruf-huruf BNM
Ciri-ciri PEAK
  Ciri-ciri PEAK terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat daripada sudut berlainan, angka denominasi boleh dilihat di pertengahan kotak.
Tanda Pandang Telus
  Imej bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah serupa di kedua-dua belah permukaan (depan dan belakang) wang kertas.
Cetakan Intaglio
  Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama, nombor denominasi dan perkataan BANK NEGARA MALAYSIA dicetak dengan beberapa lapisan dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul.
 
 
 
Apa yang saya perlu buat jika saya mendapat wang palsu?
 

Lengahkan pemergian orang yang anda syaki memberi wang palsu itu kepada anda dan perhatikan rupa mereka serta catatkan nombor pendaftaran kenderaan mereka jika ada
   
Jangan gunting, edarkan semula atau tulis di atas wang palsu
   

Catatkan maklumat berkenaan wang palsu tersebut seperti bagaimana anda mendapat wang tersebut serta di mana dan bila anda menerimanya
   
Bawa wang palsu itu ke balai polis berhampiran dan buat laporan dengan segera
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut mengenai mata wang Malaysia, muat turun buku panduan kami atau lawati laman soalan lazim kami untuk maklumat yang lebih terperinci.