English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  DuitSaku
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

  Cari:  
  Dari:   Hingga:  
  KAD KREDIT dan ANDA
31/03/2011
 
 
 

 

Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kedai saudagar.Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakannya secara berhemat atau gagal membuat bayaran bulanan, anda mungkin telah berbelanja di luar kemampuan anda dan terjerumus ke kancah kemelut kewangan. Ramai pengguna yang telah mengenali kad kredit secara definisi dan fungsinya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang masih menjadi persoalan di kalangan pengguna. Antaranya adalah seperti berikut:

 

1. Terdedah kepada caj tidak sah sekiranya kad kredit dicuri atau hilang.

 

Kebiasaannya, pemegang kad tiada tanggungan terhadap transaksi tidak sah sekiranya telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kadar kerugian. Dibawah panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), tanggungan maksimum pemegang kad untuk transaksi tidak sah disebabkan oleh kehilangan atau kecurian kad kredit adalah tidak melebihi RM250, sekiranya pemegang kad tidak melakukan penipuan dan berjaya untuk memaklumkan kepada pengeluar kad kredit secepat mungkin selepas mendapati kadnya telah hilang atau dicuri.

 

Pemegang kad dinasihatkan untuk berbincang dengan pengeluar kad kredit berhubung kehilangan atau kecurian tersebut dan menyertakan laporan polis sebagai dokumen sokongan. Sekiranya pemegang kad tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima daripada pengeluar kad kredit, mereka boleh membuat aduan rasmi kepada unit aduan bank. Pemegang kad boleh memperoleh maklumat seperti pegawai yang boleh dihubungi, nombor telefon dan alamat e-mel daripada laman web bank tersebut, juga boleh didapati daripada pautan di laman web bankinginfo.

 

Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang kad masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pengeluar kad kredit, mereka boleh membuat aduan dengan merujuk kepada pautan berikut :

http://www.bankinginfo.com.my/04_help_and_advice/0402_helpful_guides/making_a_complaint.php

 

 

2. Pemegang kad kredit akan dicaj cukai perkhidmatan apabila sampai waktu ulang tahun penggunaan kad tersebut dan fungsinya.

 

Bagi mempromosikan perbelanjaan berhemah, kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan terhadap kad kredit dan kad caj, seperti berikut:

  • RM50 setahun bagi kad utama; dan
  • RM25 setahun bagi kad tambahan.

Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh kad kredit atau kad caj dikeluarkan, atau diperbaharui atau pada setiap tarikh genap dua belas bulan selepas tarikh kad dikeluarkan atau diperbaharui. Sebagai contoh, jika ulang tahun kad tersebut ialah pada bulan Januari, pemegang kad perlu membayar cukai pada bulan Januari. Tetapi sekiranya tarikh tersebut pada bulan Disember, maka hanya perlu membayar cukai pada bulan Disember.

Pengiraan ini berkuat kuasa bermula 1 Januari 2010.

Maklumat lanjut berhubung cukai perkhidmatan kad kredit boleh diperolehi daripada pautan berikut:

 

http://www.bankinginfo.com.my/04_help_and_advice/0403_announcements/announcements2.php?intPrefLangID=1&&intArticleID=46

 

3. Pelunasan hutang si mati oleh waris. (contohnya: ansuran kad kredit)

 

Kebiasaannya, bagi sesetengah pinjaman, contohnya kad kredit, pengeluar kad kredit mempunyai hak untuk menuntut harta si mati untuk menjelaskan bayaran yang masih tertunggak. Walau bagaimanapun, terdapat pengeluar kad kredit yang memberi perlindungan insurans bagi menjelaskan bayaran tertunggak sekiranya pemegang kad meninggal dunia atau hilang keupayaan secara kekal.

 

4. Tindakan yang perlu dilakukan oleh pelanggan sekiranya institusi perbankan menghantar kad kredit tanpa diminta kepada pengguna, dan membuatnya sukar untuk ditolak. Bank tersebut kemudiannya menghantar bil untuk cukai kerajaan RM50 bagi kad baru kepada pelanggan tersebut. Akhirnya, bank mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan terhadap mereka yang tidak memahami perkara tersebut.

 

BNM telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan keadilan dan etika dipraktikkan dalam aktiviti pemasaran dan penjualan produk kewangan, termasuk kad kredit oleh institusi perbankan. Melalui program pengurusan kewangan yang berterusan oleh BNM dan rakan pintar, pengguna diberi pendedahan dan pendidikan mengenai hak dan tanggungjawab sebagai seorang pengguna kewangan bagi memperkasakan lagi kuasa mereka dalam membuat keputusan berkaitan kewangan.

 

Semua pengeluar kad kredit dikehendaki menggunakan kaedah terbaik dan mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan dalam pemasaran kad kredit serta ketelusan dan pendedahan produk sewaktu menawarkan kemudahan kad kredit kepada pengguna. Mereka juga hendaklah memastikan bahawa:

  • semua bahan pengiklanan dan promosi produk kad kredit adalah jelas, adil dan tidak mengelirukan atau mengaburi mata pengguna;
  • wakil jualan dan pemasaran tidak menggunakan kaedah yang agresif dengan memaksa atau mengelirukan pengguna supaya memohon kad kredit; dan
  • wakil jualan dan pemasaran hendaklah terlatih dan berpengetahuan dalam aspek utama, faedah dan risiko produk kad kredit.

 

Selain itu, pengeluar kad dikehendaki mewujudkan mekanisma pengendalian yang berkesan dan pada waktu yang sesuai serta penyelesaian terhadap aduan serta maklum balas pelanggan.

 

BNM menjalankan pengawasan yang ketat terhadap amalan dan prosedur pemasaran dan penjualan kad kredit oleh pengeluar kad kredit melalui pengawasan media, kunjungan penyamaran dan panggilan serta ujian bertema. Tindakan penguatkuasaan yang wajar telah diambil terhadap mana-mana pengeluar kad kredit yang tidak menurut perintah bagi memastikan perkhidmatan yang adil diterima oleh pengguna.

 

Dalam hal ini, pengguna perlu sentiasa meningkatkan kemampuan dalam menilai dan memilih produk kewangan yang sesuai, termasuk kad kredit. Pengguna digalakkan untuk merujuk laman web atau buku kecil pendidikan pengguna bankinginfo bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai berkaitan isu kewangan dan perbankan.  Jadual perbandingan untuk produk runcit dan perkhidmatan, termasuk kemudahan kad kredit oleh institusi perbankan di dalam laman web bankinginfo dapat memudahkan pengguna dalam menilai dan memilih produk kewangan yang memenuhi keperluan mereka.

 

Sewaktumenerima kad kredit, pengguna perlu membaca dan memahami terma dan syarat untuk menggunakan kad tersebut, kemudian menyatakan penerimaan terma dan syarat kepada pengeluar kad sama ada secara lisan atau bertulis untuk mengaktifkan kad yang diterima. Sebelum membuat pengesahan, pengguna adalah bebas daripada sebarang caj, yuran, pembayaran dan pembelian berkaitan kad tersebut. Pengguna tidak perlu melalui prosedur pembatalan sekiranya tidak berminat untuk menerima kad tersebut.

 

Pengguna boleh menghubungi LINK atau TELELINK di BNM yang menyediakan maklumat dan khidmat nasihat tentang perbankan dan kewangan.

 

Alamat                          : Blok D, Bank Negara Malaysia

                                      Jalan Dato’ Onn

                                      50480 Kuala Lumpur

No. Telefon                  : 1 300 88 5465 (LINK)

Faksimile                      : 03-2174 151

E-mel                           : bnmtelelink@bnm.gov.my

SMS BNM TANYA         : 15888

 
 
  Kembali ke Senarai Pengumuman