English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  DuitSaku
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
Pengiriman wang adalah pembayaran yang dibuat kepada seseorang yang berada di luar negara. Ini termasuklah penghantaran wang kepada anak-anak yang sedang belajar di luar negara atau pengiriman wang oleh pekerja asing kepada keluarga mereka di negara asal masing-masing.

Pengiriman wang ke luar negara hanya boleh dilakukan melalui peniaga mata wang yang diberi kuasa atau syarikat-syarikat yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia, iaitu:
 
Institusi Perbankan
Semua institusi perbankan dan bank-bank Islam
Bank Simpanan Nasional
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
 
Senarai Pengendali Kiriman Wang Bukan Institusi Perbankan
 
Saya Mahu...
 

Baca soalan lazim mengenai pengiriman wang

Muat turun buku transaksi haram

Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Jangan gunakan ejen pengiriman tidak berlesen kerana tiada jaminan wang anda diterima oleh penerima dan tiada kepastian bahawa wang akan dikembalikan, Anda juga mungkin tidak boleh mengambil tindakan terhadap peniaga mata wang ini kerana anda tidak mempunyai dokumen atau bukti urus niaga tersebut
 
 
Mereka biasanya beroperasi secara kecil-kecilan
Mereka mendakwa mampu memberi perkhidmatan pengiriman wang dengan cepat tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen atau bukti pengenalan diri
Mereka jarang menggunakan dokumen untuk membenarkan dan mengesahkan sesuatu urus niaga
 
Sekiranya anda mengesyaki seseorang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pengiriman wang ke luar negara secara tidak sah, anda boleh melaporkannya ke Bank Negara Malaysia di alamat berikut:
 
 
Alamat dan nombor telefon:
 
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat,
Bank Negara Malaysia,
P.O.Box 10922,
50929 Kuala Lumpur.
 
Tel : 1300-88-5465 (LINK)
Fax : 603-2174-1515
Emel : bnmtelelink@ bnm.gov.my
 
 
Bank Negara Malaysia sentiasa memantau maklum balas dan laporan orang awam mengenai kegiatan pengiriman wang tidak sah di Malaysia. Unit Penyiasatan Bank Negara Malaysia membuat serbuan dari masa ke semasa ke atas ejen yang disyaki menyediakan khidmat pengiriman wang tidak sah. Wang yang disita dalam serbuan akan dirampas manakala pengendalinya akan dihukum mengikut saluran undang-undang.
 
 
      Perlukan maklumat lanjut ?
       
  Muat turun
di sini
Buku panduan kami tentang Transaksi Haram Dalam Matawang Asing menerangkan dengan lebih lanjut tentang kiriman wang yang tidak sah dan lain-lain transaksi haram seperti transaksi haram matawang asing boleh dimuat turun.