 |
 |
 |
 |
| Buat aduan anda kepada unit aduan institusi perbankan anda, sama ada kepada pegawai institusi perbankan tersebut di kaunter bank atau melalui telefon. Catatkan nama pegawai yang mengambil aduan anda, masa dan tarikh panggilan dibuat. |
| |
 |
 |
 |
 |
| Jika aduan anda masih tidak diselesaikan, susuli panggilan anda dengan surat rasmi kepada bank anda. Sertakan semua maklumat-maklumat yang penting dan pastikan aduan anda jelas dan ringkas. |
|
|
 |
 |
 |
 |
| Sekiranya masalah anda tidak dapat diselesaikan, pihak institusi perbankan akan menghantar “surat kebuntuan” kepada anda. Surat ini dengan ringkasnya menyatakan keputusan pihak institusi perbankan serta sebab keputusan itu dicapai. Jika anda masih tidak berpuas hati, anda boleh menghantar aduan anda kepada Biro Pengantaraan Kewangan jika aduan anda berada di dalam skop biro tersebut. Jika tidak, anda bolehlah menghantar aduan anda kepada Unit Pengurusan Aduan Bank Negara Malaysia |
| |
 |
 |
 |
 |
| Jika aduan anda masih tidak dapat diselesaikan, anda bolehlah mendapatkan khidmat peguam dan membawa kes anda ke mahkamah. |
|
|