English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  DuitSaku
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
Sebagai pengguna, adalah menjadi tanggungjawab dan hak anda untuk menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati atau pertikaian di dalam sebarang urusniaga perbankan anda. Sama ada aduan anda hanyalah salah faham atau kes yang lebih serius seperti melibatkan pengeluaran tanpa kebenaran daripada akaun anda atau penipuan kad kredit, anda dinasihatkan agar membuat aduan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Panduan-panduan berikut dapat membantu anda di dalam membuat aduan:
 
Saya Patut Tahu...

Bank Negara Malaysia

Biro Pengantaraan Kewangan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim membuat aduan perihal perbankan

Muat turun buku panduan membuat aduan perihal perbankan

Muat turun borang aduan BNM

Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Rujuk aduan
Melalui pegawai bank tersebut di kaunter atau telefon
 
 
   
Susuli panggilan anda
Surat rasmi
 
 
   
Surat kebuntuan
Menghantar aduan anda
 
 
 
   
Khidmat peguam
Membawa kes anda ke mahkamah.
 
 
 
 
Buat aduan anda kepada unit aduan institusi perbankan anda, sama ada kepada pegawai institusi perbankan tersebut di kaunter bank atau melalui telefon. Catatkan nama pegawai yang mengambil aduan anda, masa dan tarikh panggilan dibuat.
 
Jika aduan anda masih tidak diselesaikan, susuli panggilan anda dengan surat rasmi kepada bank anda. Sertakan semua maklumat-maklumat yang penting dan pastikan aduan anda jelas dan ringkas.
 
Sekiranya masalah anda tidak dapat diselesaikan, pihak institusi perbankan akan menghantar “surat kebuntuan” kepada anda. Surat ini dengan ringkasnya menyatakan keputusan pihak institusi perbankan serta sebab keputusan itu dicapai. Jika anda masih tidak berpuas hati, anda boleh menghantar aduan anda kepada Biro Pengantaraan Kewangan jika aduan anda berada di dalam skop biro tersebut. Jika tidak, anda bolehlah menghantar aduan anda kepada Unit Pengurusan Aduan Bank Negara Malaysia
 
Jika aduan anda masih tidak dapat diselesaikan, anda bolehlah mendapatkan khidmat peguam dan membawa kes anda ke mahkamah.
 
Muat turun borang aduan BNM.
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang membuat aduan atau fungsi Biro Pengantaraan Kewangan, muat turun buku panduan kami atau hubungi kami.