 |
 |
 |
 |
 |
 |
| |
 |
 |
 |
 |
| |
| Berdagang dalam mata wang asing adalah aktiviti pelaburan dalam mata wang asing dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Oleh itu, jika anda diajak untuk melabur wang anda dalam mata wang asing oleh pihak selain daripada peniaga matawang yang sah, tidak syaklah ia adalah satu sindiket dagangan haram mata wang asing. |
|
|
|
| |
 |
 |
 |
| |
| Pengendali atau syarikat yang beroperasi secara tidak sah ini biasanya: |
| |

 |
Memaparkan iklan yang cukup menarik untuk mengumpan orang ramai supaya mendengar rancangan pemasaran mereka yang meyakinkan tetapi sebenarnya palsu |
| |
|
 |
Mempunyai ibu pejabat di luar negara |
| |
|
 |
Beroperasi di pejabat dan kemudahan IT yang canggih |
| |
|

 |
Menyediakan latihan kepada bakal pekerja mengenai prinsip dagangan dalam mata wang asing dan memberi latihan amali mengenai dagangan mata wang asing berasaskan transaksi andaian atau tiruan dalam suasana yang dikawal oleh pengendali. Biasanya kesemua transaksi yang dibuat akan menghasilkan keuntungan |
| |
|

 |
Mengambil pekerja berasaskan komisen dan mereka ini tidak diberi surat pelantikan secara formal atau kontrak yang menggariskan syarat-syarat pekerjaan |
|
| |
 |
 |
 |
| |
 |
Mengatur strategi pemasaran mereka yang menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat |
| |
|
 |
Menampilkan imej yang profesional dan bereputasi |
| |
|
 |
Membenarkan pelabur mereka menguruskan akaun dagangan mereka melalui internet |
| |
|

 |
Mempunyai peralatan urus niaga seperti skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa suatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang |
| |
|

 |
Pelabur diminta menandatangani satu kontrak urus niaga yang biasanya adalah di antara pelabur dan syarikat induk tetapi biasanya kontrak ini dibiarkan tanpa ditandatangani. |
|
| |
 |
 |
 |
| |
 |
Jangan terpedaya dengan peluang-peluang yang menjanjikan pelbagai peluang yang tidak realistik |
 |
 |
 |
Elakkan daripada terpengaruh dengan syarikat yang menjanjikan keuntungan besar |
 |
 |
 |
Berhati-hati dengan pengiriman wang melalui internet atau melalui surat |
 |
 |
 |
Pastikan anda mendapat rekod prestasi syarikat tersebut |
 |
 |
 |
Tanyakan sebarang soalan dan jangan tergesa-gesa di dalam membuat keputusan |
|
| |
 |
 |
 |
| |
| Sekiranya anda ditawarkan pekerjaan untuk mencari bakal pelabur atau diajak untuk melabur di dalam skim sebegini, anda boleh mengalamatkan aduan anda kepada: |
| |
 |
Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26988044 ext 8211 or 8233 |
|
| |
 |
| |
|
| |
| |
|
 |
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
| |
 |
 |
 |
 |
| |
Seperti skim cepat kaya, pengendali pelaburan melalui internet memujuk mangsanya untuk melabur atau menerima nasihat pelaburan melalui laman web atau email. Pengendali skim pelaburan ini tidak dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit. Mereka juga tidak akan dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memberikan nasihat pelaburan yang berkaitan dengan aktiviti sekuriti atau niaga hadapan atau menjalankan aktiviti pengurusan dana di Malaysia.
Pelaburan ini menjanjikan pulangan, faedah atau keuntungan yang tinggi, kebiasaannya lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangn dengan risiko yang terlalu rendah atau tanpa risiko. |
|
|
|
| |
 |
 |
 |
| |
 |
Anda mungkin kehilangan semua wang anda sekiranya pengendali melarikan diri |
 |
Anda tidak mempunyai perlindungan dari segi undang-undang terhadap pengendali sebegini |
|
| |
 |
 |
 |
| |
| Anda boleh menentukan status perlesenan syarikat yang terlibat dengan aktiviti pengambilan deposit daripada Bank Negara Malaysia dan untuk status perlesenan syarikat yang terlibat dengan aktiviti pelaburan daripada Suruhanjaya Sekuriti. |
| |
 |
 |
 |
| |
 |
Berwaspada dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan tentang pelaburan |
 |
 |
 |
Hanya membuat pelaburan dengan institusi perbankan atau agensi yang mempunyai lesen yang sah |
 |
 |
 |
Periksa kesahihan skim dengan pihak berkuasa dan dapatkan semua maklumat berkenaan syarikat berkenaan sebelum melabur |
 |
 |
 |
Maklumkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin sekiranya anda menemui laman web, emel atau sebarang maklumat yang mencurigakan berkenaan nasihat atau perkhidmatan pelaburan kepada: |
|
| |
 |
| JABATAN ADUAN, SURUHNJAYA SEKURITI |
| |
| Tel |
: 03-6204 8999 / 03-6204 8777 |
| Faks |
: 03-6204 8991 |
|
| E-mel: aduan@seccom.com.my |
| |
| Atau |
| |
| BANK NEGARA MALAYSIA |
| |
|
| E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my |
|
|
| |
 |
| |
|
| |
| |
|
 |
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
| |
 |
 |
 |
 |
| |
Pengambilan deposit secara haram atau skim cepat kaya menjanjikan faedah atau keuntungan yang tinggi ke atas deposit yang dilaburkan di bawah skim ini. Pengendali sebegini tiada kuasa untuk mengambil deposit.
Anda mungkin menerima pulangan yang dijanjikan pada permulaannya, kerana pengendali skim ini membayar wang yang dikumpul daripada pendeposit lain kepada anda. Walau bagaimanapun, tiada jaminan yang pengendali ini mampu untuk terus membayar kadar pulangan yang tinggi, menyebabkan skim ini akhirnya gagal dan pendeposit kehilangan wang mereka. |
|
|
|
| |
 |
 |
 |
| |

 |
Anda boleh didakwa kerana membantu aktiviti skim cepat kaya mengikut Akta Perbankan dan Institusi-institusi Kewangan 1989 |
| |
|

 |
Anda akan membebankan diri sendiri serta keluarga sekiranya anda menggunakan wang simpanan anda. Terdapat mangsa yang mengeluarkan kesemua wangnya di dalam ASB atau mengambil pinjaman daripada institusi perbankan hanya untuk menyertai skim ini. |
|
| |
 |
 |
 |
| |
Pengendali skim cepat kaya mungkin bergerak secara individu, perkongsian mahupun syarikat dengan pendaftaran yang sah. Walau bagaimanapun, mereka masih tiada hak untuk mengumpul sebarang jenis deposit daripada orang ramai.
Berikut adalah di antara ciri-ciri skim cepat kaya yang harus anda ketahui untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa: |
| |
 |
Pengendali tidak mempunyai lesen yang sah di bawah Akta Perbankan dan Institusi-institusi Kewangan 1989 untuk mengutip deposit |
 |
 |
 |
Pengendali berjanji membayar pulangan yang tinggi atau keuntungan di dalam tempoh masa yang pendek, lazimnya lebih tinggi daripada ada yang ditawarkan oleh institusi perbankan berlesen. |
 |
 |
 |
Pengendali menawarkan cara bayaran, selain daripada secara tunai. Contohnya, sebahagian daripada pulangan mungkin dibayar dengan kupon, barang kemas atau barangan elektrik |
|
| |
 |
 |
 |
| |
Skim sebegini akan terus beroperasi selagi masyarakat menyertai skim ini. Sebagai pengguna yang bijak, anda bertanggungjawab untuk melindungi wang anda dari aspek pengurusan dan pelaburannya. Jangan mudah terpedaya dengan skim-skim sebegini kerana pada penghujung hari, anda boleh kehilangan semuanya jika tidak berhati-hati.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai skim cepat kaya, anda boleh menghantar pertanyaan anda kepada: |
| |
 |
BANK NEGARA MALAYSIA
Unit Penyiasatan Khas
Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur |
| |
| Atau melalui: |
| Emel |
: bnmtelelink@bnm.gov.my |
| Telefon |
: 1-300-88-LINK |
|
|
|
| |
 |
| |
|
| |
| |
|
 |
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
| |
 |
 |
 |
 |
| |
| Penipuan melalui internet dan sms adalah trend yang semakin berleluasa digunakan pengendali yang tidak bertanggungjawab untuk menipu masyarakat umum. Penipuan sebegini lazimnya memujuk mangsanya dengan ganjaran istimewa untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nombor akaun dan kad pengenalan. |
|
|
|
| |
 |
 |
 |
| |
Kes penipuan SMS kini semakin meningkat. Jika anda menerima sebarang SMS pada telefon bimbit anda yang menjanjikan hadiah wang tunai yang lumayan dengan syarat anda terus menelefon nombor yang diberi di dalam SMS tersebut, anda baru sahaja menerima SMS palsu.
Jangan terpedaya dengan mesej yang diterima yang meminta nombor akaun anda dan nombor pin kononnya untuk mendepositkan wang ke dalam akaun anda secara eletronik.
Sekiranya anda membalas mesej tersebut, pengendali skim penipuan ini akan mengakses akaun bank anda dan mengambil wang simpanan anda dalam masa beberapa saat sahaja. |
 |
|
| |
 |
 |
 |
| |
| Phishing (sebutan "Fishing") adalah kaedah jenayah terkini yang digunakan untuk mencuri wang dan identiti mangsa. Untuk menarik perhatian mangsa, pengendali skim penipuan phishing akan menggunakan emel dan laman web palsu yang kelihatan seperti laman web sebenar institusi perbankan, syarikat kad kredit atau laman beli-belah e-dagang yang dipercayai. Antara contoh skim penipuan phishing termasuklah: |
| |

 |
Mesej emel palsu daripada syarikat yang pernah berurusan dengan anda, meminta pengesahan akaun atau akaun anda akan digantung |
 |
 |
 |
Badan kebajikan palsu meminta sumbangan |
 |
 |

 |
Urus niaga online palsu |
|
 |
|
| |
| Bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa skim penipuan phishing |
 |
 |
| |
 |
Jangan membalas mesej emel yang meminta maklumat peribadi anda |
 |
 |
 |
Jangan klik pautan di dalam emel yang mencurigakan |
 |
 |
 |
Gunakan kata laluan yang sukar diteka dan tukar kata laluan ini dari semasa ke semasa |
 |
 |
 |
Hanya berurusan dengan syarikat yang anda kenali dan percayai |
 |
 |
 |
Pastikan laman web tersebut menggunakan encryption |
 |
 |
 |
Ambil langkah yang perlu untuk melindungi komputer peribadi anda |
 |
 |
 |
Sentiasa menyemak transaksi yang telah dilakukan |
|
| |
| |
| |
|
 |
|
|
|