English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  DuitSaku
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

  Institusi kewangan mungkin memerlukan jaminan untuk meningkatkan kedudukan kredit bakal peminjam, dengan itu membolehkan mereka mendapat pembiayaan.  
  Sekiranya anda dinamakan sebagai penjamin, oleh seseorang, anda terikat secara undang-undang untuk membayar balik pinjaman tersebut atau bakinya sekiranya si peminjam tidak mahu atau tidak boleh menjelaskan hutang tersebut.  
     
 
Maklumat Berkaitan

Hak penjamin di bawah perjanjian sewa beli
 
Saya Mahu...

Membaca soalan lazim tentang menjadi penjamin

Muat turun buku panduan menjadi penjamin

Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
  Jaminan Bersama  
   
 
Di bawah kontrak jaminan yang melibatkan lebih daripada seorang penjamin, jika salah seorang daripada penjamin meninggal dunia, tanggungjawab jaminan akan terus ditanggung oleh penjamin-penjamin yang masih hidup.
 
 
  Jaminan Bersama dan Berasingan  
   
 
Di bawah kontrak jaminan yang dibuat secara bersama dan berasingan, apabila seorang daripada penjamin meninggal dunia, estet si mati akan terus bertanggungjawab ke atas jaminan tersebut bersama-sama dengan penjamin-penjamin yang lain.
 
 
Anda boleh menjadi penjamin sekiranya:
 
Berumur 18 tahun ke atas
Bukan seorang bankrap

Berfikiran waras dan berkeupayaan dari segi mental untuk memahami dokumen jaminan dan tanggungjawab serta kewajipan seseorang penjamin

Telah bersetuju secara suka rela untuk menjadi penjamin (iaitu tidak dipaksa atau menandatangani kontrak kerana dipengaruhi secara tidak wajar, penipuan, salah representasi atau akibat kesilapan)
 
 

Mendapat salinan surat jaminan atau kontrak jaminan dan sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan transaksi pinjaman tersebut

Mendapat khidmat nasihat daripada peguam anda sebelum menandatangani kontrak jaminan. (Namun demikian, fi guaman adalah di atas tanggungan sendiri)
Mendapat maklumat mengenai baki tertunggak akaun peminjam dengan institusi kewangan tersebut tertakluk kepada keizinan peminjam
Meminta peminjam membuat pembayaran bagi melepaskan liabiliti anda sebagai penjamin.

Mendapat bayaran ganti daripada peminjam bagi sebarang pembayaran yang telah dibuat oleh anda kepada institusi berkenaan.
 
 
Memahami sifat jaminan tersebut. Seseorang bakal penjamin dinasihatkan agar tidak menandatangani dokumen yang belum dibacanya atau menandatangani dokumen kosong atau borang yang tidak lengkap. Seseorang yang menandatangani dokumen seperti ini sukar untuk mendapat pembelaan di sisi undang-undang jika dicabar di mahkamah
Dapatkan khidmat nasihat profesional/ guaman mengenai implikasi undang-undang sebelum menandatangani jaminan tersebut
Semak dan pastikan bahawa jaminan tersebut adalah tertakluk kepada undang-undang yang terdapat di Malaysia
Berwaspada sebelum menyerahkan salinan kad pengenalan atau pasport kepada orang selain daripada institusi kewangan atau peguam-peguam yang bertindak bagi pihak anda
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang hak dan liabiliti penjamin, sila muat turun buku panduan kami tentang menjadi penjamin atau lawati laman soalan lazim kami.
 
 
Loading....

Loading....