English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan yang menawarkan khidmat perbankan Islam
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
 
     
Pilih satu untuk penerangan yang lebih terperinci:
   

Dokumen yang perlu dikemukakan apabila memohon pembiayaan perumahan-i

Fi dan caj yang dikenakan
Membayar balik pinjaman saya
   
Tip-tip semasa membeli rumah
Perlindungan untuk rumah saya
Hak dan tanggungjawab
Projek Perumahan Terbengkalai
 
 
Setiap institusi perbankan Islam menawarkan pakej pembiayaan perumahan-i yang berbeza. Teliti semua ciri pakej pembiayaan tersebut dan jangan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Carilah pakej yang sesuai dengan keperluan kewangan anda di samping menawarkan manfaat tambahan, seperti terma terma pembayaran yang menguntungkan anda.

Berikut adalah di antara tip-tip yang boleh anda gunakan.
 
Maklumat Berkaitan

Nisbah hutang

Masalah bayaran balik hutang

Membuat aduan

Pinjaman perumahan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim mengenai pembiayaan perumahan-i

Muat turun buku panduan pembiayaan perumahan-I

Emel laman ini kepada rakan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.
 
Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.  
 
Periksa sumber kewangan anda:
 
Tabungan persendirian
 
  pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada harga rumah) dan kos sampingan lain seperti fi guaman dan duti setem (anggaran tambahan 3% - 5%)
   
Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 
  jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut
   
Kemudahan pembiayaan daripada institusi perbankan Islam
 
  buat tinjauan dan perbandingan terhadap pakej pembiayaan di pasaran yang paling sesuai dengan anda, kualiti perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, serta caj-caj yang dikenakan seperti fi guaman, fi dan caj berkaitan yang dibayar kepada pihak kerajaan
 
 
Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai. Pastikan pemaju:
 
mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan.
 
 
Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang Pembiayaan Perumahan-i, sila muat turun mengenai Pembiayaan Perumahan-i.