Sekiranya anda telah mendapat pembiayaan untuk membeli rumah tetapi projek perumahan itu terbengkalai, anda masih perlu membayar semula pinjaman anda kepada institusi perbankan. Ini adalah kerana anda bertanggungjawab ke atas pinjaman tersebut berdasarkan kepada terma dan syarat perjanjian pembiayaan yang tiada hubung kait dengan penyiapan projek perumahan tersebut. Jika ini berlaku, anda boleh merujuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bantuan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh dihubungi melalui alamat di bawah:
Pengarah Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara
Peti Surat 15579
50782 Kuala Lumpur