English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan yang menawarkan khidmat perbankan Islam
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

     
  .  
 
Pembiayaan perumahan-i ialah kemudahan pembiayaan berdasarkan Syariah bagi pembelian semua jenis harta kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan pembiayaan semula kemudahan sedia ada yang diambil sama ada melalui pinjaman perumahan konvensional atau skim pembiayaan perumahan-i yang lain.

Jumlah pembiayaan yang diberi oleh institusi perbankan Islam bergantung kepada nilai pasaran (bagi rumah yang telah siap sahaja) atau harga rumah. Margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 95% daripada nilai rumah, bergantung kepada polisi sesebuah institusi perbankan Islam.

Untuk mendapatkan skim pembiayaan perumahan-i yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda, anda dinasihatkan supaya membuat perbandingan ciri skim yang ditawarkan institusi perbankan. Beri perhatian kepada fi dan caj yang dikenakan terhadap pinjaman ini sebelum membuat keputusan.
 
Saya Patut Tahu

Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan-i
Fi dan caj yang dikenakan

Pembayaran balik pinjaman

Tip-tip untuk membeli hartanah

Perlindungan rumah

Hak dan tanggungjawab
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim mengenai pembiayaan perumahan-i

Muat turun buku panduan pembiayaan perumahan-i

Emel laman ini kepada rakan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
    Pembiayaan berjangka
    •  
      Kemudahan melalui bayaran ansuran bulanan tetap bagi sesuatu tempoh tertentu

      Bayaran ansuran merangkumi harga belian (amaun pembiayaan) dan keuntungan institusi perbankan Islam
       
    Kemudahan tunai (overdraf)
    •  
      Kemudahan tunai yang boleh digunakan pada bila-bila masa berdasarkan had tunai yang telah ditentukan

      Bayaran ansuran bulanan tidak ditetapkan tetapi keuntungan dikira berdasarkan baki harian atau jumlah tunai yang telah digunakan
      Ia merupakan kemudahan berpusing, iaitu jumlah yang digunakan yang telah dibayar, boleh digunakan semula

      Jumlah pokok hanya perlu dibayar pada akhir tempoh pembiayaan. Ia boleh diperbaharui atas permintaan anda
      Kadar keuntungan lazimnya lebih tinggi daripada pembiayaan berjangka
       
    Gabungan pembiayaan berjangka dan overdraf
    •  

      Gabungan pinjaman berjangka dan kemudahan tunai. Sebagai contoh, 70% sebagai pinjaman berjangka dan 30% sebagai kemudahan tunai
      Bahagian pembiayaan berjangka perlu dibayar balik
      Pembayaran bahagian kemudahan tunai adalah fleksibel
       
 
 
Kenalpasti rumah yang ingin anda beli
Tandatangani Perjanjian Jual Beli dan jelaskan bayaran muka yang diperlukan.
Institusi perbankan Islam berkenaan akan menilai permohonan anda, dari segi kelayakan, tempoh pembiayaan dan keupayaan membayar.
Institusi perbankan Islam membeli rumah daripada anda melalui Perjanjian Beli Rumah.
Institusi perbankan Islam membayar harga belian (jumlah pembiayaan) kepada penjual
Institusi perbankan Islam menjual balik rumah kepada anda pada harga jualan (harga belian dan margin keuntungan) melalui Perjanjian Jual Rumah
Anda membayar ansuran bulanan kepada institusi perbankan Islam
 

 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang Pembiayaan Perumahan-i, sila muat turun mengenai Pembiayaan Perumahan-i.
 
 
 
Loading....
Loading....