English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Senarai institusi kewangan pembangunan di Malaysia
  Bank Negara Malaysia
  SMEinfo
  FMB
  Pentadbiran Pertukaran Asing
  Biro Kredit
  ABM
  CGC

 
  Pilih salah satu untuk maklumat lebih lanjut:  
 
 
Pinjaman Anda
Sewa Beli
Perumahan
Pembiayaan Perniagaan
Kad Anda
Kad Kredit
Kad Caj
Akaun Anda
Akaun Semasa
BSA dan BCA
Akaun Simpanan
 
 
Meminjam daripada institusi kewangan adalah salah satu cara bagi PKS untuk mendapatkan pembiayaan bagi perniagaannya. Dapatkan panduan dalam pelbagai aspek berkaitan bagi membantu PKS untuk mendapatkan pinjaman.
 
Maklumat Berkaitan

Menyediakan pelan perniagaan untuk permohonan pinjaman

Pengurusan kekayaan bagi PKS

Biro Kredit

Biro Jaminan Kredit

Cara-cara membuat aduan
 
Saya Mahu…

Baca soalan lazim tentang produk pembiayaan untuk perniagaan anda

Muat turun buku panduan produk pembiayaan untuk perniagaan anda

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
   
 
     
   
  Institusi perbankan yang berbeza mempunyai borang permohonan pinjaman senarai semak permohonan pinjaman yang berlainan. Walau bagaimanapun, kebanyakan institusi perbankan memerlukan dokumen yang sama untuk tujuan pengesahan dan penilaian. Senarai berikut merupakan dokumen yang diperlukan (mengikut jenis syarikat) untuk permohonan pinjaman.  
     
   
     
 
       
 
Dokumen untuk Syarikat
   
Memorandum & artikel persatuan
Sijil penubuhan (Borang 9)
Penyata peruntukan saham (Borang 24)

Penyata yang memberikan butiran daftar
pengarah dll. (Borang 49)
Salinan kad pengenalan pengarah/penjamin
Borang J pengarah/penjamin
Dokumen untuk Perkongsian dan Keempunyaan Tunggal
   
Pendaftaran perniagaan
Lesen perniagaan
Penyata cukai pendapatan perniagaan

Borang J pekongsi/empunya tunggal

Salinan kad pengenalan pekongsi/empunya tunggal
 
 
     
  Dokumen Kewangan dan Pengurusan  
     
 
Akaun yang telah diaudit (disahkan oleh juruaudit sekiranya bukan syarikat) untuk tempoh 3 tahun
Penyata akaun semasa yang disimpan di lain-lain institusi perbankan untuk tempoh 6 bulan
Pendedahan semua pinjaman dengan lain-lain institusi perbankan bersama-sama surat-surat tawaran
Penyata pembayaran balik pinjaman/penggunaan kemudahan perdagangan dari lain-lain institusi perbankan
Unjuran perniagaan dan aliran tunai
Senarai pembekal dan pembeli utama
Pemiutang dan penghutang mengikut senarai pengusiaan
Profil syarikat/pelan perniagaan/profil pengarah syarikat
Akaun pengurusan terkini
Laporan kebolehlaksanaan (untuk pembiayaan projek dan usaha niaga baru)
 
     
 
       
  Lain-lain dokumen berkaitan    
       
 
Dokumen cagaran
   

Salinan perjanjian jual beli yang berkaitan dan geran tanah yang dicadangkan sebagai cagaran

Dokumen yang membuktikan pemilikan ke
atas lain-lain cagaran yang dicadangkan
Laporan penilaian yang berkaitan
Lain-lain dokumen
   

Kontrak dalam tangan/surat tawaran kontrak

Dokumen untuk membuktikan lain-lain punca pendapatan

Maklumat mengenai entiti perniagaan yang berkaitan
Invois dan dokumen komersial

Kontrak-kontrak lengkap dan kontrak-kontrak berpotensi
Pinjaman kumpulan
   
 
 
     
     
     
   
  Ada 3 tahap utama dalam proses permohonan pinjaman iaitu:  
 
Menyediakan pelan perniagaan
Penghantaran permohonan pinjaman
Penilaian permohonan pinjaman
 
     
  Setelah pelan perniagaan disediakan, anda perlu menghantar permohonan anda bersama-sama dokumen-dokumen yang diperlukan. Seterusnya, anda akan ditemuduga pihak institusi perbankan untuk menentukan dan menilai kedudukan kewangan anda dengan lebih baik. Pihak institusi perbankan juga akan melawat premis perniagaan anda untuk tujuan yang sama. Permohonan anda akan dinilai berdasarkan 5 aspek iaitu karektor, modal, kapasiti, keadaan dan cagaran.  
     
  Berikut ialah ringkasan proses permohonan pinjaman untuk PKS:  
     
   
     
     
   
  Sebagai seorang peminjam, institusi perbankan mengharapkan anda mengambil langkah-langkah untuk menguruskan perniagaan anda supaya pinjaman anda dapat dibayar balik tepat pada masanya. Tanggungjawab anda sebagai peminjam seharusnya merangkumi:  
     
  Mengekalkan pengurusan akaun yang baik  
     
 
  - Jika anda mempunyai kemudahan overdraf, pastikan anda tidak melampaui had kemudahan tersebut
  - Pastikan tiada cek yang dipulangkan akibat wang yang tidak mencukupi
  - Pastikan semua kutipan perniagaan dikreditkan ke akaun bank anda (untuk menanam sikap bertanggungjawab atau akauntabiliti yang lebih baik/urus tadbir korporat serta kawalan dan pengurusan aliran tunai)
 
     
  Memastikan ansuran bulanan dibayar dalam masa yang ditetapkan:  
     
 
  - Ketepikan wang yang mencukupi untuk membayar ansuran dan komitmen bulanan dalam masa yang ditetapkan
  - Elakkan sebarang kelewatan dalam membuat pembayaran dengan memberi masa yang mencukupi untuk menjelaskan pembayaran, iaitu mengeluarkan cek tepat pada masanya
 
     
  Pastikan perniagaan anda diuruskan dengan cekap:  
     
 
  - Pantau dan uruskan aliran tunai, stok, tempoh pembayaran balik penghutang dan pemiutang perdagangan, dan lain-lain
 
     
  Pastikan penggunaan wang ke arah yang betul:
 
     
 
  - Gunakan wang semata-mata untuk tujuan perniagaan dan bukan untuk kegunaan peribadi
  - Gunakan wang seperti yang tertera di dalam surat tawaran.
  - Wang digunakan hanya untuk perniagaan yang dimaksudkan dan tidak disalurkan untuk kegunaan syarikat-syarikat berkaitan dan sebagainya
 
     
  Kemukakan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit kepada institusi perbankan  
     
  Maklumkan kepada institusi perbankan jika berlaku sebarang perubahan pada perniagaan.  
     
     
  Sebagai peminjam, anda mempunyai hak seperti berikut:  
     
 
Hak untuk mendapat akses kepada segala maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan pinjaman anda
Hak untuk mendapat layanan yang profesional, bersopan, dan tanpa prasangka
Hak untuk mendapat maklumat yang tepat mengenai akaun pinjaman anda secara tetap
Hak untuk mengambil tindakan undang-undang jika berlaku perlanggaran perjanjian
 
     
     
   
 
Kerajaan Malaysia mengasaskan program komprehensif yang disasarkan kepada PKS melalui pelbagai kementerian dan agensi. Program-program ini bertujuan memberikan bantuan dan nasihat yang berkaitan dengan PKS berkenaan bantuan kewangan dan perkhidmatan sokongan perniagaan.

Maklumat lanjut tentang program-program ini boleh ditemui di Portal Info SME, portal sumber maklumat sehenti bagi perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia.
 
 
     
     
   
  Bank Negara Malaysia telah menubuhkan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil untuk membantu PKS yang menghadapi masalah pinjaman tidak berbayar melalui penstrukturan semula pinjaman kecil dan penyediaan pinjaman baru sekiranya perlu. Di bawah skim ini, Jawatankuasa Penyelesaian Pinjaman Kecil (JPPK) akan membuat penilaian bebas terhadap daya maju PKS, penstrukturan semula pinjaman dan keperluan pembiayaan pemohon.  
     
  Sekiranya anda ingin memohon untuk kemudahan ini, anda perlu menggunakan borang permohonan yang boleh diperolehi daripada:  
     
 
  - Institusi kewangan yang turut serta
  - ERF Sdn Bhd
  - Sekretariat JPPK di Jabatan Pembangunan Kewangan dan Enterpris, Bank Negara Malaysia.
 
     
  Anda juga perlu menyertakan maklumat tambahan seperti kedudukan serta pengurusan kewangan anda untuk menyokong permohonan anda. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar kepada institusi-institusi ini.

Untuk maklumat lanjut tentang skim ini, lawati Portal SME Info atau hubungi Sekretariat JPPK di alamat berikut:

Sekretariat JPPK
Jabatan Pembangunan Kewangan dan Enterpris,
Bank Negara MalaysiaJalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2693 2330, 03 - 2691 6539 & 2691 - 3764
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, anda boleh memuat turun buku panduan “PKS – Permohonan Pinjaman dan Keperluan Pembiayaan Anda” atau lawati laman soalan lazim kami sekiranya ada sebarang soalan.