English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
  Pilih salah satu untuk maklumat lebih lanjut:  
 
 
Pinjaman Anda
Sewa Beli
Perumahan
Pembiayaan Perniagaan
Kad Anda
Kad Kredit
Kad Caj
Akaun Anda
Akaun Semasa
BSA dan BCA
Simpanan Akaun
 
 
Akaun simpanan membolehkan anda menyimpan atau mendepositkan wang anda dn menerima kadar faedah tertentu tanpa tempoh matang yang telah ditentukan. Terdapat di semua institusi perbankan di Malaysia, faedah yang diterima ke atas baki anda lazimnya dikreditkan ke akaun anda setiap bulan.
 
Maklumat Berkaitan

Fahami akaun simpanan asas

Menguruskan wang anda

Cara-cara membuat aduan
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
   
 

Setiap institusi perbankan yang menawarkan akaun simpanan yang berbeza untuk memenuhi keperluan anda yang unik. Sesetengah daripada akaun ini mungkin dikenakan fi dan caj. Institusi perbankan juga mungkin mengenakan caj sekiranya anda menutup akaun anda dalam tempoh yang singkat selepas anda membuka akaun tersebut atau jika akaun anda sudah tidak aktif.

Bagi kemudahan ATM, caj yang dikenakan juga berbeza-beza antara institusi perbankan. Terdapat institusi perbankan yang mengenakan fi tahunan dengan transaksi tanpa had atau yang mengenakan fi apabila anda menjalankan transaksi melebihi jumlah tertentu. Oleh itu, sebelum anda membuka sebarang akaun, ketahui fi dan caj yang dikenakan ke atas akaun tersebut untuk mengurangkan kos anda. Pertimbangkan keperluan anda dan jenis akaun yang boleh memenuhi keperluan tersebut. Anda boleh mendapatkan senarai fi dan caj yang dikenakan institusi perbankan di dewan perbankan serta laman web mereka.

 
     
     
   
  Kad ATM memberikan anda akses ke atas akaun anda. Oleh itu, anda seharusnya mdlindungi kad ATM anda agar tidak hilang atau disalahgunakan. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan keselamatan kad anda:  
     
 

Simpan kad ATM anda di tempat yang selamat, seeloknya di tempat yang sama supaya jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya dengan serta-merta
   

Jangan tinggalkan kad ATM anda di tempat yang mudah dilihat orang sekeliling walaupun di rumah
   
Hafal nombor PIN anda dan hapuskan sebarang makluman atau PIN yang diterima daripada institusi perbankan
   

Jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad
   

Jangan dedahkan nombor PIN tersebut kepada orang lain
   

Jangan layan sebarang permintaan daripada pihak yang tidak dikenali yang menghendaki nombor PIN anda melalui telefon. Anda mungkin menjadi mangsa penipuan.
   

Maklumkan institusi perbankan anda dengan segera jika kad ATM anda hilang atau dicuri.
 
 
     
     
   
  Bermula dari 16 Oktober 2008, semua deposit dalam ringgit dan mata wang asing dengan bank perdagangan, bank Islam dan bank pelaburan, serta institusi kewangan pembangunan yang menerima deposit dan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia, akan diberikan jaminan sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga bulan Disember 2010.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005. Tiada permohonan perlu dibuat untuk perlindungan deposit insurans ini dan premium dibayar oleh institusi kewangan yang berkaitan.
 
     
 
Untuk maklumat lanjut tentang sistem insurans deposit, anda boleh:
 

Menelefon talian bebas tol PIDM 1-800-88-1266
dari 8.30 a.m. ke 5.30 p.m. Isnin hngga Jumaat (kecuali cuti umum)
 
Emel ke info@pidm.gov.my
   
Lawati laman web PIDM
   

Dapatkan risalah maklumat umum PIDM dari cawangan terdekat institusi anggota
 
 
     
     
   
 

Apabila tiada sebarang transaksi (sama ada pengeluaran atau kemasukan wang) ke dalam akaun sepanjang tempoh tujuh tahun, akaun tersebut akan diklasifikasikan sebagai wang tidak dituntut. Di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965, wang tersebut akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut. Sebelum wang tersebut dipindahkan, institusi perbankan akan menghantar notis meminta pelanggan untuk mengaktifkan semula atau menutup akaun tersebut.

Pemilik wang tidak dituntut tersebut boleh mendapatkan semula wang mereka daripada Pendaftar sama ada ke pejabat Pendaftar Wang Tidak Dituntut atau secara bertulis. Alamat Pendaftar adalah seperti berikut:

 
     
  Pendaftar Wang Tidak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara,
Tingkat 42, Menara Maybank,
100, Jalan Tun Razak,
50050 Kuala Lumpur.