English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
  Pilih salah satu untuk maklumat lebih lanjut:  
 
 
Pinjaman Anda
Sewa Beli
Perumahan
Pembiayaan Perniagaan
Kad Anda
Kad Kredit
Kad Caj
Akaun Anda
Akaun Semasa
BSA dan BCA
Akaun Simpanan
 
 
Akaun semasa adalah akaun deposit yang ditawarkan semua institusi perbankan di Malaysia dan boleh digunakan sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Sebagai pemegang akaun semasa, anda boleh membuat bayaran melalui cek. Oleh itu, anda harus mengetahui perkara-perkara berkenaan penggunaan cek sebelum membuat sebarang pembayaran.
 
Maklumat Berkaitan

Fahami perkhidmatan perbankan asas

Fahami akaun simpanan
Cara-cara membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim tentang akaun semasa

Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
   
   
     
 
Nama bank anda yang juga dikenali sebagai "bank pesuruh bayar" atau bank pembayar.
   
Palang "Akaun Penerima Sahaja" merupakan arahan kepada bank pemungut untuk membuat bayaran ke dalam akaun penerima.
   
Penerima merupakan penama yang mana cek tersebut dikeluarkan kepadanya. Pastikan ejaan nama penerima adalah betul dan ditulis berdekatan dengan perkataan "bayar kepada". Lukis satu garisan di ruang selepas nama penerima bagi mengelakkan sebarang pindaan.
   
Tarikh cek. Untuk memastikan pembayaran diterima, tarikh cek tersebut mestilah tarikh terkini. Format tarikh ialan DDMMYY, dua digit pertama untuk hari, dua digit seterusnya untuk bulan dan dua digit terakhir untuk tahun.
   
Orang yang memegang dan menuntut pembayaran cek di bank.Anda dinasihatkan supaya membatalkan perkataan "atau pembawa" bagi mengelakkan cek yang dicuri dibayar kepada pihak ketiga.
   
Jumlah untuk pembayaran dalam perkataan. Nilai yang sama akan ditulis di dalam kotak yang bersebelahan dengannya. Pastikan amaun dalam perkataan dan nombor ditulis berdekatan dengan perkataan "Ringgit Malaysia" dan "RM" yang dicetak di atas cek dan jangan tinggalkan sebarang ruang dengan melukis garisan selepas menulis perkataan dan nombor tersebut. Pastikan jumlah dalam perkataan dan nombor adalah sama. Jika tidak, bank akan menolak cek anda.
   
Nama pemegang akaun atau dikenali juga sebagai nama penyuruh bayar cek.
   
Tandatangan anda sebagai penyuruh bayar cek.
   
ID cek.
   
Nombor siri cek. Setiap cek mempunyai nombor siri berlainan untuk dikenalpasti.
   
Kod bank*.
   
Kod cawangan*.
   
Nombor akaun semasa anda.
   
Kod transaksi.
   
Lapangan amaun.
 
     
    *Ada institusi perbankan yang mencetak kod bank dan cawangan di sebelah kanan atas kotak tarikh  
     
     
     
   
 
Pastikan akaun anda mempunyai baki yang cukup sebelum mengeluarkan cek.
Tulis dengan jelas dan gunakan pen dakwat kekal seperti pena mata bulat.

Pastikan tiada pembetulan pada cek tersebut untuk mengelak cek tersebut daripada dikembalikan.
Sentiasa menulis perkataan "sahaja" selepas menulis jumlah bayaran pada cek anda.

Pastikan tidak ada cek yang dikeluarkan tanpa pengetahuan anda dan cek-cek rosak dimusnahkan sepenuhnya.

Simpan cek anda di tempat yang selamat serta jangan biarkan cek anda, sama ada yang telah ditandatangani atau belum, tanpa pengawasan.

Selalu menyemak bilangan cek yang belum digunakan dan buat pelarasan jumlah wang yang dikeluarkan melalui cek dengan penyata akaun anda.

Jika terdapat cek yang hilang daripada buku cek anda, laporkan kepada bank dengan segera.
 
     
 
Menandatanagi atau mengeluarkan sebarang cek kosong untuk pembayaran.
Melipat, pin atau mengokot cek yang telah ditulis.

Menggunakan mesin pencetak laser, pen mata tajam, pen boleh dipadam, pensel atau sebarang teknik cetak lain yang mudah dipadam atau ditulis semula

Menulis di bawah bahagian MICR (Magenetic Ink Character Recognition). Perbuatan ini boleh mengganggu proses penjelasan cek anda

Membuat bayaran dalam mata wang asing menggunakan cek berdenominasi RM
 
     
     
     
   
  Pihak institusi perbankan boleh menolak untuk membayar cek yang anda keluarkan di atas sebab-sebab berikut:  
     
 

Wang di dalam akaun anda tidak mencukupi untuk menjelaskan cek itu.  
 
Tiada tandatangan.  
 
Tandatangan berlainan daripada contoh tandatangan.  
 
Cek tarikh hadapan.  
 
Cek luput (cek yang bertarikh lebih daripada 6 bulan).  
 
Jumlah dalam perkataan dan nombor berbeza.  
 
Pindaan ke atas cek.  
 
Arahan berhenti bayar telah dikeluarkan.  
 

Akaun ditutup atau akaun 'ditahan atas sebab undang-undang'.  
 
   
   
  Sekiranya perkara ini berlaku, anda akan dikenakan penalti oleh pihak institusi perbankan. Institusi perbankan yang berbeza mengenakan jumlah penalti yang berlainan, lazimnya antara RM100 sehingga RM200.

Pihak institusi perbankan akan menyimpan rekod pengeluaran cek tanpa wang yang mencukupi ini. Sekiranya ia sering terjadi, pihak institusi perbankan boleh mengambil tindakan selanjutnya dengan menutup akaun anda. Ini dilakukan untuk memastikan integriti cek sebagai satu kaedah pembayaran terpelihara.
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut mengenai cek, muat turun buku panduan akaun semasa.