English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
  Pilih salah satu untuk maklumat lebih lanjut:  
 
 
Akaun Anda
Sewa Beli
Perumahan
Pembiayaan Perniagaan
Kad Anda
Kad Kredit
kad Caj
Akaun Anda
Akaun Semasa
BSA dan BCA
Akaun Simpanan
 
 
Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kredit kad, pengeluar kad kredit akan membayar terlehib dahulu kepada saudagar bagi pihak anda dan kemudiannya menghantar bil kepada anda dalam bentuk penyata bulanan.
 
Maklumat Berkaitan
Biro Kredit
Masalah pembayaran balik

Perbandingan kad kredit dan kad caj
Cara-cara membuat aduan
Mengurus wang anda
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim tentang kad kredit

Muat turun buku panduan kad kredit

Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
     
   
  Pengeluar kad kredit biasanya akan menyerahkan satu dokumen yang menggariskan terma dan syarat pemegangan kad kredit bersama-sama dengan kad kredit anda. Pada amnya, terma dan syarat pemegangan kad meliputi perkara berikut:  
     
 
Jenis-jenis caj yang dikenakan  
 
Hak-hak dan tanggungjawab pemegang kad dan pengeluar kad kreditnya  
 
Perihal penggunaan kad kredit  
 
Syarat-syarat pembayaran balik  
 
Liabiliti bagi urus niaga tanpa kebenaran  
 
Prosedur untuk membuat aduan, penyiasatan dan penyelesaiannya  
 
Kerahsiaan maklumat  
 
     
  Jika anda sudah mula menggunakan kad kredit anda atau menandatangani pengesahan penerimaan, anda dikira sebagai bersetuju dengan terma dan syarat kad kredit. Oleh itu, anda haruslah membaca dan memahami terma dan syarat sebelum menggunakan kad kredit anda atau menandatangani perjanjian tersebut.  
     
     
  Terdapat pelbagai jenis caj yang anda perlu fahami, termasuklah:  
     
 
Yuran penyertaan
 
Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran yang akan dikenakan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu pengeluar kad kredit dengan yang lain.
 
Yuran tahunan
 
Ini adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun sekali. Anda dikehendaki membayar yuran tersebut walaupun anda tidak pernah menggunakan kad kredit anda. Yuran tahunan biasanya adalah di dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas.
 
Caj kewangan (faedah)
 
Ini adalah caj yang dikenakan kepada anda oleh pengeluar kad kredit ke atas baki yang belum dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh. Caj ini biasanya dikira berdasarkan baki harian. Bermula daripada 1 Julai 2008, kadar faedah yang dikenakan adalah secara bertingkat mengikut amalan pembayaran balik pemegang kad. Ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kad kredit secara berdisiplin di kalangan pemegang kad. Bermula dari 31 Mac 2009, kadar faedah baru yang dikenakan adalah seperti berikut:
 
Rekod Pembayaran Balik Kadar Faedah
     
  Pemegang kad yang menjelaskan bayaran minimum selama 12 bulan berturut-turut.  
     
     
  Sehingga 13.5% setahun.  
     
     
  Pemegang kad yang menjelaskan bayaran minimum selama 10 bulan atau lebih sepanjang tempoh 12 bulan.  
     
     
  Sehingga 16% setahun.  
     
     
  Lain-lain.  
     
     
  Sehingga 17.5% setahun.  
     
 

Dapatkan nasihat daripada pengeluar kad kredit anda berkenaan cara-cara untuk mengira caj yang dikenakan supaya anda tidak perlu membayar caj yang dapat dielakkan.

 
Yuran pendahuluan wang tunai
 
Ini adalah yuran yang dikenakan bagi setiap kali pendahuluan wang tunai diperoleh. Yuran ini biasanya 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai yang diambil dan merupakan tambahan kepada caj kewangan yang dikenakan ke atas jumlah pendahuluan yang diberikan kepada anda. Caj kewangan dikira bermula daripada tarikh wang tersebut diambil atau apabila jumlah tersebut tercatat ke dalam akaun kad kredit anda. Jumlah pendahuluan wang tunai ini mungkin dihadkan untuk setiap pelanggan.
 
Caj bayaran lewat
 
Ini adalah caj yang dikenakan jika anda gagal untuk menjelaskan sekurang- kurangnya jumlah bulanan minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika anda bayar selepas tarikh tamat tempoh, anda akan dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan caj bayaran lewat. Caj bayaran lewat boleh mencecah 1% daripada baki belum jelas atau jumlah maksimum sebanyak RM75 manakala jumlah minimum sebanyak RM5.

Maklumat terperinci kesemua fi dan caj kad kredit anda terdapat di laman web institusi perbankan anda.
 
Caj kewangan, yuran dan tempoh tanpa faedah
 
Anda boleh menikmati tempoh tanpa faedah, kebiasaannya selama 20 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan (untuk pembelian sahaja) sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jumlah tertunggak yang perlu dibayar dari bulan sebelumnya. Oleh itu, sekiranya anda hanya membayar sebahagian atau jumlah minimum baki yang perlu dibayar, anda akan dikenakan faedah ke atas semua pembelian yang dibuat melalui kad kredit anda dari tarikh urus niaga direkodkan.
 
   
   
 
     
     
   
  Dengan pelbagai kad kredit yang ditawarkan di pasaran, adalah penting untuk anda memilih kad kredit yang memenuhi keperluan anda. Bandingkan kadar, fi dan caj serta ciri-ciri yang ditawarkan oleh setiap pengeluar kad kredit sebelum membuat keputusan.

Berikut adalah beberapa tip dalam memilih kad kredit atau menilai kad kredit yang ada pada anda:
 
     
 
Hadiah promosi
 
Pengeluar kad kredit mungkin menawarkan anda hadiah promosi seperti telefon bimbit, dompet kulit dan sebagainya untuk mempromosikan kad kredit mereka. Walau bagaimanapun, sebelum memohon, adalah penting untuk anda memahami syarat-syarat yang terkandung di dalam tawaran tersebut. Telitilah syarat-syarat yang ditetapkan untuk hadiah promosi dan denda yang akan dikenakan jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi.
 
   
Kadar caj rendah sementara
 
Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran dan caj kewangan pada kadar rendah atau memansuhkan caj-caj tersebut sama sekali untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Risalah promosi mungkin menitikberatkan kadar faedah permulaan yang rendah dengan saiz fon yang besar dan mudah dibaca, kadang-kadang tanpa mempamerkan tarikh luput. Kadar faedah selepas tamat tempoh promosi pula tidak dinyatakan dengan begitu jelas, iaitu dengan menggunakan saiz fon yang kecil dan mungkin hanya tercatat di sebelah belakang borang permohonan atau di muka surat terakhir risalah promosi yang mengandungi banyak muka surat.

Anda perlu memahami syarat-syarat promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yang jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
 
   
Caj kewangan dan yuran
 
Pengeluar kad yang berlainan akan mengenakan fi yang berbeza untuk kemudahan pendahuluan wang tunai, kebiasaanya antara 3% ke 5% daripada jumlah yang dikeluarkan dan caj kewangan (maksimum sebanyak 18% daripada jumlah yang dikeluarkan). Sentiasa pilih kad kredit yang mengenakan fi yang lebih rendah serta pastikan anda memahami terma dan syarat yang dikenakan untuk skim pemindahan baki yang ditawarkan sebelum menggunakannya.
 
 
     
   
   
  Anda harus menyedari akibat daripada membayar hanya jumlah minimum setiap bulan. Anda bukan sahaja dikenakan caj faedah yang bertambah malah tempoh pembayaran balik turut menjadi lebih lama, menyebabkan bebanan hutang semakin banyak. Namun, sekiranya anda melangsaikan semua hutang anda, anda akan menikmati tempoh tanpa faedah selama 20 hari ke atas semua pembelian anda.

Berikut adalah jadual yang menghuraikan tempoh pembayaran balik dan jumlah faedah (caj kewangan) yang dikenakan jika anda hanya membayar amaun minimum setiap bulan, iaitu 5% daripada baki belum jelas.
 
     
  Baki Belum Jelas  
 
  RM 500 RM 1000 RM 5000 RM 10,000
Kadar faedah (s.t)
17% 18%
17% 18%
17% 18%
17% 18%
         
      Tahun
4.1 4.2
5.7 5.8
9.3 9.6
10.9 11.2
      Jumlah faedah
156 168
354 382
1941 2097
3921 4240
         
 
     
  Sebagai contoh, jika baki belum jelas anda ialah RM1,000 dan anda hanya menjelaskan bayaran bulanan minimum, anda akan mengambil masa selama 5.8 tahun untuk menjelaskan kesemua hutang anda, di mana jumlah faedah yang dikenakan adalah RM382, berdasarkan kadar faedah sebanyak 18% setahun.  
     
     
     
     
   
 
Penipuan kad kredit boleh mengakibatkan anda dan pengeluar kad kredit mengalami kerugian besar. Pengeluar kad kredit sentiasa mengambil sikap berwaspada terhadap penipuan ini dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi anda. Walau bagaimanapun, anda juga harus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.  
 
     
 
Lindungi kad kredit anda
 
-   Tandatangani kad kredit anda sebaik sahaja ianya diterima
     
-   Simpan kad kredit anda pada tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit supaya, jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya dengan serta- merta
     
-   Usah pinjamkan kad anda kepada sesiapa saja
     
-   Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau Internet
     
-   Hafal nombor PIN anda dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada orang lain
     
-   Hafal nombor PIN anda dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada orang lain
     
-   Pastikan anda telah memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila anda menerima kad baru
 
Periksa transaksi kredit kad anda untuk mengelakkan urusniaga tanpa kebenaran
 
-   Semak semua butir-butir yang terdapat pada slip urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga
     
-   Simpan semua slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata bulanan anda sebaik sahaja ianya diterima
     
-   Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran
     
-   Musnahkan semua slip-slip urus niaga sebelum anda membuangnya
 
 
     
     
     
  Anda boleh mengelak daripada dikenakan beberapa jenis caj tetapi masih boleh memperolehi kad kredit. Berikut adalah beberapa tip untuk merealisasikannya:  
     
 

Buat perbandingan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Cari sekiranya terdapat pengecualian yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertama.
   

Jadikan pendahuluan wang tunai melalui kad kredit sebagai pilihan terakhir kerana faedah (caj kewangan) dan fi yang dikenakan adalah sangat tinggi.
   

Bayar sebelum tarikh akhir penyata anda untuk mengelak daripada membayar faedah dan caj bayaran lewat.
   

Cuba langsaikan semua baki belum jelas untuk mengelak daripada membayar faedah dan ketahui akibat membayar hanya jumlah minimum sepanjang masa.
   
Hadkan jumlah kad kredit yang dimiliki berdasarkan keperluan dan kemampuan membayar balik.
   

Waspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah.
 
     
     
 
 
 
Loading....

Loading....