English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
Perbankan Internet menawarkan cara yang lebih mudah dan cepat untuk membuat urusniaga perbankan anda. Sekiranya anda mempunyai komputer dengan akses Internet, pelayar Internet dan telah mendaftar untuk kemudahan perbankan Internet dengan institusi perbankan anda, anda boleh menjalankan perbankan Internet dari mana-mana sahaja di seluruh dunia.
 
Saya Mahu...

Memahami penipuan melalui Internet

Muat turun buku panduan perbankan Internet

Baca soalan lazim perbankan Internet

Emelkan laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Dengan perbankan Internet, anda boleh:
 
     
  Menyemak baki akaun dan penyata akaun dalam talian
  Mengemukakan permohonan dalam talian untuk akaun baru, kad kredit atau kemudahan pinjaman
  Membuat pelaburan deposit tetap
  Memindah wang di antara akaun (milik sendiri dan pihak ketiga)
  Membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans
  Membuat, meminda atau membatalkan arahan tetap
  Memohon buku cek dan penyata akaun
  Menyemak status cek
  Memohon arahan menghentikan pembayaran cek
  Memohon draf bank dan pemindahan telegraf
     
 
 
 
Seperti sistem-sistem lain, penggunaan perbankan Internet turut mengandungi risiko. Walau bagaimanapun, tahap risiko boleh diminimumkan melalui pemeriksaan sistem keselamatan secara berterusan oleh institusi perbankan dan sikap berhati-hati anda apabila menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet.
 
Di antara langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh institusi-institusi perbankan ialah:
 

Ujian ke atas sistem Perbankan Internet dijalankan secara tetap untuk memastikan sistem tersebut sentiasa boleh dipercayai

Penyediaan pengaturan bagi keselamatan Internet untuk memastikan infrastruktur yang dijamin selamat

Penggunaan pelbagai teknologi keselamatan seperti penyulitan utuh, dinding keselamatan, log keluar automatik dan alat pantau

Pemasangan sistem untuk mengesan dan menggagalkan serangan penceroboh (hacker)

Menjalankan pemeriksaan berkala setiap 6 bulan sekali untuk menilai tahap risiko yang mungkin wujud dan mengesan kelemahan yang mungkin terdapat pada sistem pengurusan risiko institusi perbankan
 
 
 
Maklumat mengenai langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh institusi-institusi perbankan boleh diperolehi di laman web mereka.
Pastikan anda mengetahui terma dan syarat yang merangkumi:
 

Maklumat tentang tanggungjawab institusi perbankan dan pelanggan
Maklumat tentang urusniaga tanpa kebenaran atau penipuan

Cara anda akan diberitahu tentang sebarang perubahan terma dan syarat

Maklumat berkaitan membuat aduan dan bagaimana aduan anda akan diselesaikan
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang perbankan internet dan bagaimana memastikan keselamatan maklumat peribadi anda, muat turun buku panduan kami atau lawati laman soalan lazim kami.
 
 
 
Loading....

Loading....