English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Senarai institusi kewangan pembangunan di Malaysia
  Bank Negara Malaysia
  SMEinfo
  FMB
  Pentadbiran Pertukaran Asing
  Biro Kredit
  ABM
  CGC

 
Selain daripada pembiayaan modal kerja, institusi perbankan juga menyediakan pembiayaan kepada PKS yang terlibat dalam perdagangan domestik dan antarabangsa. Sebahagian daripada kemudahan pembiayaan dagangan yang biasa ditawarkan oleh institusi kewangan adalah seperti yang berikut:
 
Saya Patut Tahu…

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman

Proses permohonan pinjaman

Hak dan tanggungjawab anda sebagai peminjam dan institusi perbankan

Tabung pemulihan untuk perniagaan kecil

Program kerajaan untuk PKS
 
Saya Mahu...

Muat turun buku panduan

Menyediakan pelan perniagaan

Emel laman ini kepada rakan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini




 
Kegunaan
 
Bagi mengimport atau membeli barangan, bahan mentah ataupun peralatan dari pasaran tempatan.
 
Ciri-ciri
 
Surat aku janji bertulis oleh institusi perbankan untuk membayar kepada penjual sejumlah wang yang dipersetujui tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
 
Atas pengemukaan dokumen seperti yang ditetapkan di dalam syarat-syarat LC
Dalam jangka masa yang ditetapkan
Di tempat yang ditetapkan
 
Faedah
 
Dapat memastikan bayaran dibuat kepada benefisiari

Mampu memperolehi harga belian barangan pada harga yang rendah dan jangka masa bayaran balik yang panjang kerana LC mencerminkan kepastian bayaran daripada perspektif penjual
Dokumen yang dikemukakan akan diperiksa oleh pakar pembiayaan perdagangan

Tidak perlu selalu berkomunikasi dengan penjual asing memandangkan keseluruhan transaksi dijalankan melalui, dan diuruskan oleh institusi perbankan.
 
Kegunaan
 
Sebagai satu kaedah pembiayaan modal kerja bagi pengeksport.
 
Ciri-ciri
 

Kemudahan yang disediakan oleh institusi perbankan untuk pengeksport, yang mana institusi perbankan membeli bil keluar untuk pungutan dan perolehannya dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dengan serta-merta.
 
Faedah
 

Boleh memperolehi wang dengan serta merta sebaik sahaja dokumen-dokumen yang diperlukan telah dikemukakan

Boleh memperbaiki aliran tunai perniagaan memandangkan PKS boleh memperoleh dana daripada institusi perbankan dengan serta-merta
 
Kegunaan
 
Memberi kemudahan kredit dengan bersandarkan bil yang dikeluarkan di bawah LC institusi perbankan itu sendiri. Oleh itu, pelanggan tidak perlu membuat bayaran serta-merta ke atas LC.
 
Ciri-ciri
 
Satu kemudahan pembiayaan yang membolehkan pelanggan menerima hantaran pembelian tempatan atau luar negara sebelum pembayaran bil tampak dibuat.
 
Faedah
 
Membolehkan pelanggan membayar penjual dengan serta-merta
Membolehkan pelanggan menerima penghantaran barangan tanpa perlu membuat pembayaran serta-merta
Memudahkan aliran tunai
 
Kegunaan
 
Umumnya untuk perniagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
 
Kerap mengimport dan mengeksport dalam mata wang asing
Melibatkan jumlah yang besar
Mempunyai kedudukan kredit yang diterima oleh institusi perbankan
 
Ciri-ciri
 

Pembelian dan penjualan tukaran asing secara lani ataupun hadapan yang berkaitan dengan perolehan asing ataupun pembayaran yang perlu dibuat apabila tampak ataupun pada satu tarikh hadapan yang boleh ditentukan.
 
Faedah
 
Pelanggan boleh menetapkan sendiri kadar tukaran bagi tujuan pengekosan/perlindungan nilai
Tidak lagi terdedah kepada risiko turun naik tukaran terutamanya dalam pasaran atau keadaan mudah ubah
 
Kegunaan
 
Pembiayaan perdagangan bona fide seperti eksport, import ataupun transaksi perdagangan dalam negeri.
 
Ciri-ciri
 

Draf (Bil Pertukaran) yang dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh tertentu pada masa hadapan dan diterima oleh institusi perbankan bagi tujuan pembiayaan perdagangan bona fide

Jumlah pembiayaan minimum ialah RM50,000 di dalam gandaan RM1,000 [Pengumpulan ("bunching") dibenarkan]
 
Faedah
 

Menyediakan aliran tunai sebelum hasil jualan barangan secara hutang dapat dipungut ataupun membiayai pembelian bahan mentah untuk pengeluaran
Sentiasa boleh dijual mengikut kadar pasaran semasa sekiranya pelanggan memerlukan pembiayaan segera
Menyediakan pembiayaan dua-hala kerana pembiayaan BA adalah terpakai untuk jualan dan belian
 
Kegunaan
 
Lazim digunakan oleh pengeksport yang memenuhi kriteria berikut:
 

Mengeksport produk yang mempunyai nilai ditambah sekurang-kurangnya 20% dan menggunakan sekurang-kurangnya 30% bahan mentah/bahan input tempatan (kekurangan 2% adalah dibenarkan) dan tidak berada dalam senarai negatif Bank Negara Malaysia

Pengeksport langsung hendaklah mengeksport sekurang-kurangnya RM3 juta barangan layak setahun bagi tahun kewangan terakhir dan RM3 juta bagi 12 bulan sebelumnya

Untuk produk pertanian, jumlah minimumnya adalah sebanyak RM1 juta bagi tahun kewangan terakhir dan 12 bulan sebelumnya
 
Ciri-ciri
 

Ditadbir oleh EXIM Bank

Terdapat 2 jenis kemudahan, pra hantaran dan pasca hantaran
 
Faedah
 

Sumber yang murah untuk pembiayaan eksport.
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang perolehan aset atau produk-produk pembiayaan lain seperti perolehan aset, modal kerja dan perkhidmatan perdagangan, anda boleh memuat turun buku panduan produk pembiayaan SME.