English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kredit kad, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak anda dan kemudiannya meminta bayaran daripada anda dalam bentuk penyata bulanan.
 
Saya Patut Tahu...

Memahami terma dan syarat

Tip memilih kad kredit

Tip mengurangkan caj-caj kad kredit

Bagaimana untuk tidak terperangkap sebagai seorang peminjam

Elakkan penipuan kad kredit
 
Saya Mahu...

Muat turun buku panduan kad kredit

Baca soalan lazim kad kredit
Kira belanjawan saya

Emelkan laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 

 
Semak dokumen yang diperlukan
 
Pastikan ianya memenuhi syarat-syarat permohonan
   
Hantar permohonan anda
Pengeluar kad kredit akan membuat penilaian kredit ke atas anda berdasarkan maklumat yang anda berikan.
   
Fahami terma dan syarat
Fahami tentang pelbagai caj yang dikenakan
   
Menerima kredit kad anda melalui surat berdaftar atau mengambil sendiri kad di ibu pejabat atau cawangan institusi perbankan
Nombor PIN akan diberi selepas anda menerima kad kredit anda daripada surat berdaftar.
 
         
   
Anda boleh memohon kad kredit daripada pengeluar kad kredit yang menawarkan kad kredit dengan mengisi borang permohonan. Untuk memohon, anda mestilah berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan minimum RM18,00 setahun. Dokumen berikut perlu diserahkan untuk memproses permohonan anda:
   
 

Salinan kad pengenalan anda
   
Surat perlantikan jawatan, jika ada
   

Penyata cukai pendapatan terkini (borang J)
   
Penyata bank
   

Slip gaji bulan terdahulu
   
  Dalam borang permohonan, terdapat terma dan syarat yang menggariskan liabiliti dan tanggungjawab pemegang kad dan pemegang kad tambahan dan senarai fi dan caj yang biasanya dikenakan ke atas kad. Anda perlu fahami terma ini sebelum memohon untuk mendapatkan kad kredit.
   
   
  Setelah anda menghantar permohonan anda, pengeluar kad kredit terbabit perlu membuat penilaian kredit ke atas anda berdasarkan maklumat yang anda berikan. Tempoh pemprosesan permohonan anda berbeza-beza mengikut pengeluar kad kredit. Jika permohonan anda berjaya, anda akan menerima kredit kad anda melalui surat berdaftar atau mengambil sendiri kad anda di ibu pejabat atau cawangan pengeluar kad kredit tersebut.
   
   
  Setelah menerima kad kredit dan dokumen yang berkaitan, pastikan anda membaca dan memahami terma dan syarat yang diberi kerana ia merupakan perjanjian antara anda dan pengeluar kad kredit. Anda juga perlu fahami tentang pelbagai caj yang dikenakan ke atas penggunaan kad kredit kerana ini boleh membantu anda mengurangkan caj yang boleh dikenakan kepada anda.
 
   
  Anda akan diberi nombor PIN secara berasingan daripada kad kredit anda atas sebab-sebab keselamatan. Nombor PIN ini membolehkan anda mengeluarkan wang dengan kredit kad anda di mesin-mesin ATM.
   
 
Jika anda bercadang untuk mendapatkan kad kredit, pilihlah kad kredit yang memenuhi keperluan anda. Pilihlah dengan bijak dan jangan membuat keputusan dengan terburu-buru untuk mendapatkan kad kredit anda. Baca keterangan dengan teliti, bandingkan kadar, fahami terma dan syarat untuk mendapatkan hadiah promosi atau kadar rendah sementara yang ditawarkan pengeluar kad kredit sebelum membuat keputusan.
 
 
 
Loading....

Loading....