English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
Membeli rumah merupakan satu pelaburan yang paling berharga. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan kewangan yang rapi dan teliti perlu dilakukan sebelum mengambil langkah seterusnya. Jika memiliki sebuah rumah adalah sebahagian daripada matlamat kewangan anda, anda perlu menilai kemampuan anda berdasarkan simpanan dan pendapatan. Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan ini untuk mengira ansuran bulanan, jumlah pinjaman yang perlu dibayar dan jumlah faedah untuk sebarang pakej pinjaman perumahan.
 
 
Ramai yang mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi perbankan yang menawarkan pelbagai pakej pinjaman untuk memenuhi keperluan unik pengguna, Pastikan anda membuat perbandingan kadar faedah, memilih pinjaman berdasarkan ciri-ciri pinjaman tersebut, mengetahui yuran dan caj serta kualiti perkhidmatan institusi perbankan tersebut sebelum membuat keputusan. Anda juga boleh memastikan semua dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman perumahan adalah lengkap dengan menggunakan senarai semak.
 
 
Anda boleh memilih sama ada pinjaman berjangka, overdraf atau gabungan kedua-duanya bergantung kepada keadaan kewangan anda. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan pembiayaan-pembiayaan ini:
 
Saya Patut Tahu...

Tip untuk mendapatkan pinjaman perumahan

Dokumen yang diperlukan untuk pinjaman perumahan

Fi dan caj

Bayaran pinjaman fleksibel

Hak dan tanggungjawab peminjam dan institusi perbankan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim pinjaman perumahan

Muat turun buku panduan pinjaman perumahan

Membanding kadar faedah yang ditawarkan

Fahami penjamin

Fahami insurans empunya rumah/isi rumah

Fahami pembiayaan perumahan-I

Fahami takaful empunya rumah/isi rumah

Emelkan laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Pinjaman Berjangka
Kemudahan Overdraf
Gabungan
   
 

Pinjaman dengan kadar bayaran ansuran bulanan yang tetap di dalam tempoh tertentu, misalnya selama 30 tahun  
     

Bayaran ansuran merangkumi jumlah wang pokok dan faedah yang dikenakan  
     
   
   
 

Kemudahan kredit yang boleh digunakan bila-bila masa berdasarkan had kredit yang telah ditentukan  
     

Bayaran ansuran bulanan tidak ditetapkan tetapi faedah dikira berdasarkan baki harian  
     

Keperluan membayar balik pinjaman adalah fleksibel dan peminjam bebas untuk menggunakan semula kemudahan pinjaman yang telah dibayar balik  
     

Faedah yang dikenakan biasanya lebih tinggi daripada pinjaman berjangka  
   
   
   
 

Sebagai contoh, 70% diberi sebagai pinjaman berjangka dan 30% sebagai overdraf  
     

Bahagian pinjaman berjangka perlu dibayar balik mengikut jadual  
     

Pembayaran balik overdraf adalah lebih fleksibel  
   
 
 
Bergantung kepada nilai pasaran rumah, margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 95% daripada harga rumah. Margin pembiayaan mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
 
Jenis hartanah
Lokasi hartanah
Umur peminjam
Jumlah pendapatan peminjam
 
 
Lazimnya tempoh pinjaman ditetapkan sehingga 30 tahun atau sehingga peminjam mencapai umur 65 tahun, mengikut mana yang dahulu.

Pakej perumahan yang ditawarkan setiap institusi perbankan menawarkan ciri-ciri yang berlainan. Oleh itu jangan membuat keputusan berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Ciri-ciri seperti terma pembayaran semula yang lebih fleksibel atau skim pembayaran semula berperingkat perlu dipertimbangkan agar sesuai dengan kemampuan pembayaran semula anda.
 
 
Perlindungan insurans merupakan salah satu aspek penting apabila anda membeli rumah kerana insurans memberikan anda perlindungan daripada segi kewangan untuk anda dan yang tersayang. Pertimbangkan polisi insurans tersebut untuk perlindungan:
 
Polisi Insurans Empunya Rumah/Kebakaran
Insurans Nyawa Gadai Janji (MRTA)
 
Apabila memohon pinjaman perumahan, anda perlu mengetahui hak dan tanggungjawab anda sebagai peminjam serta institusi perbankan kerana anda akan berurusan dengan institusi perbankan di dalam tempoh yang panjang.
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut tentang pinjaman perumahan, muat turun buku panduan kami atau lawati laman soalan lazim bagi mendapatkan jawapan untuk pertanyaan anda.
 
 
 
Loading....

Loading....