English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
  Pilih salah satu untuk maklumat lebih lanjut:  
 
 
Pinjaman Anda
Sewa Beli
Perumahan
Pembiayaan Perniagaan
Kad Anda
Kad Kredit
Kad Caj
Akaun Anda
Akaun Semasa
BSA dan BCA
Akaun Simpanan
 
 
Pinjaman sewa beli merupakan cara yang sering digunakan untuk membeli kenderaan. Jika anda memohon pinjaman sewa beli, anda akan dikenali sebagai penyewa dan institusi perbankan pula ialah tuan punya kenderaan itu.
 
 
Maklumat Berkaitan

Apa yang perlu dilakukan jika anda terlibat di dalam kemalangan

Fahami insurans motor

Fahami takaful motor

Mencegah kecurian kenderaan

Menjadi penjamin

Menguruskan hutang

Cara-cara membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim tentang sewa beli

Muat turun buku panduan sewa beli

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
   
 
     
   
  Sebagai peminjam, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membayar ansuran bulanan menepati masanya kepada institusi perbankan. Jika anda tidak menjelaskan ansuran bulanan, institusi perbankan berhak untuk menarik semula kenderaan yang disewa beli berdasarkan keadaan berikut:  
     
  Anda ingkar membayar dua ansuran berturut-turut atau ansuran terakhir
  Jika penyewa meninggal dunia, keingkaran berlaku untuk empat ansuran berturut-turut
 
     
  Baki yang perlu anda jelaskan juga akan meningkat kerana anda perlu membayar penalti pembayaran lewat. Oleh itu, anda perlu menjelaskan ansuran mengikut waktu yang telah ditetapkan.  
     
     
     
     
  Anda boleh membuat perjanjian sewa beli dengan institusi perbankan atau melalui penjual kenderaan yang boleh menghantar permohonan anda kepada institusi perbankan.Anda sebagai penyewa akan diberi penyata kewangan bertulis atau Jadual Kedua Bahagian (I), yang memperincikan tanggungjawab kewangan anda dibawah perjanjian sewa beli.  
     
  Hak dan tanggungjawab anda sebagai penyewa  
     
 
Hak anda:
Menerima sesalinan perjanjian sewa beli
Memperolehi maklumat mengenai akaun anda
Meminta penyata baki belum jelas (setiap 3 bulan)
Menyelesaikan jumlah yang perlu dibayar dengan cepat
Menamatkan perjanjian sewa beli pada bila-bila masa
 
     
 
Tanggungjawab anda:

Tidak memindahkan atau menjual kenderaan bermotor tanpa persetujuan institusi perbankan
Membayar ansuran mengikut jadual
Memberitahu institusi perbankan jika berlaku sebarang pertukaran alamat

Tidak gagal menginsuranskan kenderaan bermotor dan memberitahu institusi perbankan mengenai pembaharuan polisi insurans tidak lewat 14 hari sebelum polisi sekarang luput
 
     
  Hak dan tanggungjawab institusi perbankan  
     
 
Hak institusi perbankan:
Menarik balik kenderaan bermotor bila anda ingkar dalam membuat pembayaran
Menggesa anda menginsuranskan kenderaan bermotor

Mengenakan fi ke atas anda bagi tujuan menguatkuasakan perjanjian sewa beli
Mempelbagaikan caj terma untuk pinjaman berkadar faedah berubah
   
Tanggungjawab institusi perbankan:
Memberikan anda salinan perjanjian sewa beli
Mengeluarkan insurans motor di atas nama penyewa untuk tahun pertama
 
     
     
   
  Berikut adalah di antara nasihat penting jika anda mahu mengambil pinjaman sewa beli daripada institusi perbankan:  
     
 
Pastikan semua perjanjian dibuat secara bertulis
Baca dengan teliti perjanjian

Pastikan harga belian dan terma sewa beli dalam perjanjian adalah seperti yang telah dipersetujui

Pastikan anda mampu membayar ansuran bulanan sepanjang tempoh pembiayaan
Pastikan anda mengetahui hak-hak anda di bawah Akta Sewa Beli

Pastikan anda mengetahui tanggungjawab anda di bawah perjanjian Sewa Beli untuk memastikan anda tidak melakukan sebarang tindakan yang melanggar perjanjian

Segala dokumen yang berkaitan perjanjian Sewa Beli seperti surat perjanjian, resit dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat selamat

Semua pembayaran mestilah dibuat kepada orang yang diberi kuasa oleh institusi perbankan
 
     
 
Menandatangani perjanjian, borang kosong atau dokumen yang tidak lengkap
Menerima surat perjanjian yang tidak ditandatangani
Menghilangkan sebarang dokumen berkaitan dengan perjanjian sewa beli

Membayar ansuran bulanan kepada seseorang, pengedar atau ejen yang tidak diberi kuasa oleh institusi perbankan
Gagal memaklumkan institusi perbankan jika berlaku pertukaran alamat

Menjual atau memindah hak milik atau menyerahkan kenderaan bermotor kepada pihak ketiga tanpa persetujuan institusi perbankan
 
     
     
   
     
 
Biasanya institusi perbankan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan bermotor, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh institusi perbankan yang membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan bermotor anda.  
 
     
     
 
Sebelum menarik kenderaan anda, institusi perbankan perlu menghantar Notis Jadual Keempat yang merupakan notis bertulis yang menyatakan hasrat institusi perbankan untuk menarik kenderaan anda.
   
Notis ini akan luput dalam masa 21 hari. Notis kedua akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, untuk memberitahu anda bahawa institusi perbankan berhasrat untuk menarik kenderaan anda selepas luput notis Jadual Keempat. Anda boleh mengelakkan penarikan kenderaan anda dengan membayar jumlah tertunggak seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat sebelum tempoh 21 hari atau memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi perbankan sebelum tarikh luput.
   
Anda perlu menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut.
 
     
     
  Dalam masa 21 hari selepas penarikan, institusi perbankan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Kelima yang membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada institusi perbankan. Anda boleh meminta institusi perbankan untuk memulangkan kenderaan bermotor anda dengan:  
     
 

Menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan belanja tunai langsung (termasuk kos penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan, kos penarikan dan penghantaran balik) yang ditanggung oleh institusi perbankan; atau

Membayar balik jumlah baki hutang sepenuhnya dan menyelesaikan semua belanja tunai langsung (termasuk kos penarikan, penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan
 
     
     
 
     
  Sekiranya anda atau penjamin anda tidak menyelesaikan jumlah belum jelas seperti yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas notis Jadual Kelima dihantar kepada anda, institusi perbankan berhak menjual kenderaan bermotor tersebut melalui lelongan awam atau menawarkan kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah daripada harga anggaran yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima.  
 
     
     
   
  Sebelum membeli kenderaan dengan pinjaman sewa beli, anda perlu membuat belanjawan dan mengira jumlah yang mampu anda bayar untuk ansuran bulanan. Ansuran bulanan ini termasuk kadar faedah sama ada kadar sama rata atau berubah yang ditawarkan institusi perbankan yang membiayai pinjaman sewa beli anda.  
     
  Mengambil kadar tetap (banding kadar sama rata sekarang)  
  Membuat pinjaman berkadar sama rata membolehkan anda membayar jumlah ansuran yang tetap sepanjang tempoh pinjaman walaupun terdapat pergerakan pada kadar faedah ke atas jumlah boleh bayar anda. Institusi perbankan akan memaklumkan kepada anda tentang faedah yang akan dikenakan dan jumlah ansuran sebelum anda menandatangani sebarang perjanjian. Pinjaman sebegini membantu anda mengekalkan jumlah bayaran balik anda walaupun kadar faedah meningkat di masa hadapan.  
     
  Mengambil kadar berubah (banding kadar berubah sekarang)  
  Sekiranya anda membuat pinjaman berkadar faedah berubah, bayaran balik anda akan berbeza-beza mengikut pergerakan kadar rujukan (contohnya kadar berian pinjaman asas atau BLR). Sekiranya BLR meningkat, kadar faedah anda juga akan meningkat, seterusnya membuatkan ansuran bulanan anda bertambah. Walau bagaimanapun, sekiranya kadar faedah menurun di masa depan, anda dapat menjimatkan wang dengan jumlah bayaran balik yang berkurangan.  
     
  Yang mana harus anda pilih?  
  Kedua-dua jenis pembiayaan ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Pemilihan jenis pembiayaan ini bergantung kepada jangkaan anda terhadap kadar faedah di masa depan. Oleh itu, pertimbangkan pilihan yang ada dengan teliti dan dapatkan nasihat daripada pegawai institusi perbankan anda, membuat perbandingan kadar faedah institusi perbankan berbeza, merancang matlamat kewangan anda dan mensasarkan belanjawan yang realistik mengikut keperluan dan kemampuan anda.  
 
 
Loading....

Loading....