English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
Akaun simpanan membolehkan anda menyimpan atau memasukkan wang anda dan menerima faedah tanpa tempoh matang yang telah ditentukan. Ditawarkan oleh semua institusi perbankan di Malaysia, faedah yang diterima ke atas baki anda lazimnya dikreditkan ke dalam akaun pada setiap bulan. Deposit minimum untuk membuka akaun ini berbeza-beza antara satu institusi perbankan dengan institusi perbankan yang lain. Jumlah dikenakan mungkin serendah RM 1.

Anda boleh mengeluarkan atau memasukkan wang ke dalam akaun simpanan anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh memohon kad ATM dengan nombor PIN yang tertentu. Kad ini membolehkan anda mengeluarkan wang daripada mesin ATM cawangan institusi perbankan berkenaan di samping menjalankan pelbagai transaksi lain.

Bagi mengetahui transaksi perbankan yang telah anda lakukan dan faedah yang diterima, anda boleh memilih untuk menerima sama ada buku bank atau penyata kewangan. Anda perlu menggunakan buku bank tersebut untuk sebarang transaksi di kaunter institusi perbankan. Walau bagaimanapun, sesetengah institusi perbankan membenarkan transaksi di kaunter dijalankan dengan hanya menggunakan kad ATM dan kad pengenalan anda.
 
Saya Patut Tahu...

Fi dan caj

Melindungi kad ATM anda

Insurans deposit

Akaun tidak aktif
 
Saya Mahu...

Fahami perkhidmatan perbankan asas
Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Di antara transaksi yang anda boleh lakukan sebagai
pemegang akaun:
 
Mengeluarkan wang, sama ada di kaunter atau melalui mesin ATM

Memasukkan wang, sama ada di kaunter atau melalui mekanisma lain seperti mesin deposit
Membuat pertanyaan akaun
Memindahkan wang di dalam institusi perbankan yang sama
Pembayaran bil
Pemindahan wang antara bank (GIRO)
Perbankan internet untuk institusi perbankan yang menawarkan kemudahan ini
 
Sebagai pemegang akaun, anda bertanggungjawab untuk:
 

Sentiasa merahsiakan nombor akaun dan PIN yang diberikan kepada anda

Sentiasa menyimpan penyata akaun, buku bank dan kad ATM di tempat yang selamat
Segera memaklumkan institusi perbankan anda sekiranya:
 
  - Terdapat sebarang pertukaran alamat atau nombor telefon
  - Kehilangan kad ATM atau buku bank
  - Terdapat sebarang kesilapan pada penyata akaun anda
 
Selain daripada akaun simpanan, institusi perbankan juga menawarkan akaun simpanan asas (BSA) dan akaun semasa asas (BCA), di samping akaun semasa untuk memenuhi keperluan perbankan anda.
 
 
 
Loading....

Loading....