English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

Akaun semasa adalah akaun deposit yang ditawarkan semua institusi perbankan di Malaysia dan boleh digunakan sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Sebagai pemegang akaun semasa, anda boleh membuat bayaran melalui cek. Oleh itu, anda harus mengetahui perkara-perkara berkenaan penggunaan cek sebelum membuat sebarang pembayaran.

Setiap institusi perbankan mempunyai syarat yang berbeza untuk membuka akaun semasa. Ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh setiap institusi perbankan juga berbeza contohnya hanya segelintir institusi perbankan yang menawarkan akaun semasa dengan faedah. Oleh itu, anda dinasihatkan agar membuat perbandingan sebelum membuka akaun semasa anda.
 
Sebagai pemegang akaun semasa, anda boleh:
 
  Bayaran menggunakan cek
  Deposit tunai dan cek
  Pertanyaan akaun
  Pengeluaran wang
  Pemindahan wang di dalam institusi perbankan yang sama
  Pembayaran bil
  Pemindahan wang ke bank yang berbeza (GIRO)
 
Anda juga akan menerima penyata akaun secara percuma pada setiap bulan. Penyata ini merekodkan semua kemasukan dan pengeluaran wang yang anda telah lakukan bagi memudahkan anda mengira baki semasa akaun anda.
 
     
  Tanggungjawab anda sebagai pemegang akaun :
     
  Sentiasa merahsiakan nombor akaun dan PIN anda
 
Sentiasa menyimpan penyata-penyata akaun anda di tempat yang selamat
  Sentiasa memusnahkan atau mengoyak cek yang dibatalkan
 
Segera memaklumkan institusi perbankan sekiranya anda:
- Terdapat sebarang pertukaran alamat atau nombor telefon
- Kehilangan cek atau buku cek
- Terdapat sebarang kesilapan pada penyata bank anda
     
 
 
Saya Patut Tahu...

Menulis cek

Harus buat dan jangan buat apabila menggunakan cek

Cek yang dikembalikan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim akaun semasa

Muat turun buku panduan akaun semasa

Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
Contoh Tandatangan
Apabila anda membuka akaun semasa, pihak institusi perbankan akan mendapatkan contoh tandatangan anda. Institusi perbankan akan membandingkan tandatangan anda pada cek yang ditawarkan dengan contoh tandatangan yang diterima. Sekiraya tandatangan tersebut berbeza, pihak institusi perbankan berhak menolak cek anda dan mengembalikan cek itu.  
 
Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun buku panduan akaun semasa kami. Di dalam buku panduan ini, anda boleh mendapat maklumat penting berkenaan:  
 
Jenis akaun semasa
Syarat-syarat untuk membuka akaun semasa
Penggunaan akaun semasa
Penggunaan cek
 
Jika akaun semasa tidak sesuai untuk keperluan anda, ketahui tentang perkhidmatan perbankan lain:
 
  Perkhidmatan Perbankan Asas Akaun Simpanan